Monday, March 15, 2010

TIPS : Pinjaman MARA

PENDAHULUAN
Bantuan  kewangan  dalam  bentuk  pinjaman  pelajaran  merupakan  salah  satu  daripada
aktiviti  utama  MARA  di  bawah  Sektor  Pendidikan.  Bantuan  ini  ditawarkan  kepada
pelajar bumiputera yang berkelayakan dan berpotensi melanjutkan pengajian di  Institus
Pengajian  Tinggi.  Bahagian  yang  bertanggungjawab  melaksanakan  aktiviti  ini  ialah
Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA

OBJEKTIF
Menambah  gunatenaga  terlatih  bumiputera  dalam  bidang  profesional,  teknikal  dan
pengurusan melalui penyediaan kemudahan pembiayaan untuk melanjutkan pelajaran ke
peringkat tinggi di dalam dan di luar negara.
DASAR TAJAAN
•  Matlamat tajaan adalah untuk membantu pelajar bumiputera yang berpotensi dan
berkelayakan  terutama  yang  memerlukan  bantuan  kewangan  untuk  mengikut
pengajian  di  Institusi  Pengajian  Tinggi  dalam  bidang-bidang  Sains,  Teknologi
Profesional, Kepakaran dan Pengurusan Perniagaan serta bidang-bidang lain yang
dikenalpasti oleh MARA dari masa ke semasa.
•  Kadar  bantuan pinjaman pelajaran MARA ditentukan  berasaskan kepada  syarat
syarat  yang  ditetapkan  oleh  Jabatan Perkhidmatan Awam  (JPA)  tetapi  tertakluk
kepada keadaan peruntukan kewangan MARA.
•  Tajaan  pelajaran  MARA  adalah  khusus  untuk  calon-calon  bumiputera  sahaja
selaras dengan Akta Majlis Amanah Rakyat 1966.

SYARAT AM BANTUAN PINJAMAN PELAJARAN MARA 
Calon mestilah Melayu / bumiputera warganegara Malaysia
1. Tidak pernah ditamatkan bantuan atau ditarik balik bantuan oleh mana-mana penaja
atas sebab tindakan disiplin.
2. Tidak  pernah  dianjur  oleh mana-mana  penaja  lain  di  peringkat  yang  sama  kecuali
untuk kursus-kursus kritikal dan profesional atas keperluan semasa .
3. Mendapat  pelepasan  kontrak  /  penangguhan  bayaran  balik  jika  pernah  ditaja  oleh
badan lain untuk pengajian sebelumnya.
4. Mesti  mendapat  cuti  belajar  tanpa  gaji  /  pelepasan  jawatan  /  kebenaran  bertulis
daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat.
5. Diperakui sihat dan normal oleh doktor yang bertauliah.
6.  Pengajian sepenuh masa dalam dan luar negara.
7. Umur yang ditetapkan bagi setiap program yang dipohon : 




   Dalam Negara  Luar Negara
• Diploma  tidak melebihi 35 tahun  -
• Ijazah  tidak melebihi 40 tahun  30
• Sarjana  tidak melebihi 45 tahun  35
• PhD  tidak melebihi 45 tahun   40  
8. Memenuhi syarat Status Sosio Ekonomi Keluarga seperti yang ditetapkan.
PROGRAM-PROGRAM YANG DITAJA 
1. SKIM PELAJAR CEMERLANG (SPC)
A. PROGRAM LEPASAN SPM
Program ini disediakan khusus untuk pelajar-pelajar yang mencapai keputusan cemerlang
dalam peperiksaan SPM.
a.  Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian ke Luar Negara)
 
• Program ini dijalankan sepenuhnya di dalam negara. Pelajar-pelajar yang
menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi syarat yang ditetapkan
akan meneruskan pengajian peringkat ijazah pertama di universiti terkemuka di luar
negara. 
* Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan
sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).
   • Program-program yang disediakan adalah seperti berikut (tertakluk kepada pindaan) :
    
PROGRAM
TEMPOH
PENGAJIAN
American Degree Foundation
Programme
14 bulan
A – Level  1.5 – 2.0 tahun
A-Level German  2.5 tahun
Diploma International Baccalaurete
(IB)
2.0 tahun
Perubatan Russia  3 – 6 bulan
Perubatan Indonesia  1.0 tahun
Kejuruteraan Peranchis  1.5 tahun
Australian Matriculation (AUSMAT) 1.5 tahun  
b.  Program Persediaan Universiti Luar Negara (Pengajian Dalam Negara)
 
• Pelajar-pelajar yang menamatkan program ini dengan cemerlang dan memenuhi
syarat yang ditetapkan akan meneruskan pengajian sepenuhnya di institusi yang
dikenalpasti di Malaysia. 
*Program ini hanya diiklankan dalam akhbar-akhbar tempatan biasanya sebulan
sebelum keputusan SPM diumumkan (tertakluk kepada pindaan).
       
        B. PROGRAM PENGAJIAN DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
TERKEMUKA LUAR NEGARA.
i.  Program Ijazah Pertama bagi calon lepasan Matrikulasi / Diploma
ii. Program Profesional bagi calon lepasan Diploma / Ijazah Pertama
iii.  Program Sarjana bagi calon lepasan Ijazah Pertama
iv Program Ijazah Doktor Falsafah bagi calon lepasan Sarjana
*  Program  ini  hanya  diiklankan  dalam  akhbar-akhbar  tempatan  pada  setiap  hujung
tahun  bagi  kemasukan  sesi  tahun  hadapannya  (tertakluk  kepada  pindaan).
Walaubagaimanapun, pertimbangan  tajaan adalah  tertakluk kepada peruntukan semasa
dan dasar terkini MARA. 
2. SKIM PEMBIAYAAN TERBUKA (SPT)
A. PROGRAM PERSEDIAAN UNIKL
B. PROGRAM DIPLOMA
i.  Diploma Teknikal/ICT di IPMa seperti German Malaysian Institute (GMI),UniKL
(BMI, MFI, MIAT, MIMET, MICET, MSI, IIM) dan Kolej Poly Tech MARA
(KPTM).
ii. Diploma Usahasama IPTA di KPTM dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.
iii.Diploma di IPTS lain yang berdaftar dengan MARA dan program yang mendapat Sijil
Akreditasi Penuh LAN. 
C. PROGRAM IJAZAH PERTAMA
i.  Ijazah Pertama di IPMa
ii. Program Kerjasama / Francais IPTA di IPMa dan IPTS yang berdaftar dengan MARA.
iii.Program Berkembar Universiti Luar Negara 3 + 0 di IPTS yang berdaftar dengan
MARA. 

D. PROGRAM PROFESIONAL 
i.   Perakaunan – CA / ACCA / CIMA / ICAEW dan lain-lain 
ii.  Institute Of Chartered Secretaries & Administrators (ICSA)
iii.  Chartered Institute Of Transport (CIT)
iv.  Chartered Institute Of Insurance (CII)
v.  Chartered Institute Of Logistics
vi.  Certified Financial Planner
vii. Senibina Bahagian II
viii.  Bidang-bidang lain yang diiktiraf oleh Badan-badan Profesional


E. PROGRAM IJAZAH SARJANA/TERTINGGI
Tajaan  bagi  program  ini  adalah  tertakluk  kepada  bidang/kursus  yang  diutamakan  serta
memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA, serta mendapat tawaran
masuk  ke  Universiti  berkaitan.  Walaubagaimanapun,  pertimbangan  tajaan  adalah
tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.
 
F. PROGRAM KEPAKARAN PERUBATAN/PERGIGIAN DAN LAIN-LAIN.

Tajaan  bagi  program  ini  adalah  tertakluk  kepada  bidang-bidang  kepakaran  yang
diutamakan serta memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan oleh MARA, serta
mendapat  tawaran  masuk  ke  Universiti  berkaitan. Walaubagaimanapun,  pertimbangan
tajaan adalah tertakluk kepada peruntukan semasa dan dasar terkini MARA.

http://www.mara.gov.my

2 comments:

Anonymous said...

Howdy! Would you mind if I share your blog with my zynga group?
There's a lot of folks that I think would really enjoy your content. Please let me know. Cheers

my web site :: aaa fx

Anonymous said...

Hey! I'm at work surfing around your blog from my new iphone 3gs! Just wanted to say I love reading your blog and look forward to all your posts! Carry on the outstanding work!

Also visit my homepage - http://www.zoomgroups.com/

Post a Comment

Peluang Keemasan




-Tak Perlu Beli Stok


-Tak Perlu Belian Maintain


-Komisyen Tinggi


-Masa kerja Fleksible


-Pelbagai Bonus/ Insentif