Wednesday, September 18, 2013



Million Dollar Homepage
Ada 1 juta pixel dan kenakan bayaran 1 dollar per pixel. Idea paling bodoh untuk perniagaan online tetapi Alex Tew, budak umur 21 tahun tuan punya idea bodoh ni dah jadi jutawan pun.
SantaMailMacam mana idea ni leh jadi? Mula2 dapatkan alamat surat menyurat di kutub utara di Alaska tu. Lepas tu menyamar jadi Santa Claus dan kenakan bayaran $10 kepada mak bapak untuk tiap2 surat yang 'Santa Claus' ni hantar kepada anak2 mereka. Menarik tu, jadi Byron Reese telah menghantar lebih 200,000 surat ini sejak memulakan bisnes ni pada 2001. 'Santa Claus' palsu ni dah jadi jutawan lah sekarang ni......hadoi.

Doogles
Cipta google untuk anjing dan cuba jual secara online? Pelik & mengarut betul idea bisnes ni. Kalau buat proposal bisnes memang kena gelak lah. Yang peliknya diaorang dah jadi jutawan pun buat bisnes ni dan adah ada kedai di serata dunia jual googel untuk anjing. Ye jugak.. ada berapa ratus juta anjing dalam dunia ni? Jual murah2 pun leh untung lagi..



AntennaBallsMengarut betul idea jual bola kecik yang dipasang kat antena kereta tu. Bukan ada fungsi apa2 pun cuma nak melawa je. Tak mungkin korang boleh kaya jual benda ni. Tapi ini lah yang sebenarnya dibuat oleh Jason Wall dan sekarang dah jadi jutawan pun.......... menyampah!


Fitdeck
Cipta dek kad yang menampilkan rutin senaman, kemudian jual pula di internet dengan harga $18.50. Pada aku ini satu lagi idea gila. Tetapi bagi Phil Black, seorang bekas Navy Seal dan jurulatih kecergasan a.k.a pemilik idea gila ni dilaporkan medapat income berjumlah $4.7 juta tahun lepas!! Memang gila. Kalah gaji masa jadi askar dulu.


Positivesdating.com
Adakah anda sanggup keluar date dengan seorang yang positive HIV? Paul Graves & Brandon Koechlin rasa mesti ada orang sanggup, jadi mereka membuka website khas untuk mereka yang sanggup berdating dengan pesakit HIV pada tahun lepas. Pada tahun pertama hasil yang diperolehi mencecah $110,000 dan menjangka mendapat 50,000 ahli pada tahun ini.





PickyDomains
Sanggup mengupah seseorang untuk memilih nama domain yang sesuai untuk korang? Mana ada orang nak bayar khidmat macam ni. Sebenarnya memilih nama domain untuk orang lain merupakan bisnes yang sedang berkembang, terutamanya semua prosesnya bebas risiko. PickyDomains sekarang ini mempunyai senarai menunggu mereka yang sanggup MEMBAYAR untuk khidmat mendapatkan nama domain yang best & mudah diingati. Tahun ini PickyDomains mampu mendapat pendapatan kasar 6 angka.........

Apa jua idea bisnes yang korang ada kalau dibuat bersungguh-sungguh pasti akan dapat hasil. Pedulikan apa yang orang lain kata ....... lanyak je.

Peluang Keemasan




-Tak Perlu Beli Stok


-Tak Perlu Belian Maintain


-Komisyen Tinggi


-Masa kerja Fleksible


-Pelbagai Bonus/ Insentif