Monday, March 15, 2010

Pengenalan
Jabatan  Perkhidmatan  Awam  (JPA)  menyediakan  program  penajaan  biasiswa  kepa
pelajar-pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke:
1.  peringkat Diploma atau  Ijazah Sarjana Muda di  Institusi Pengajian Tinggi  (IP
Awam dan 3  IPT Swasta  iaitu Universiti Teknologi Petronas(UTP), Multime
Universiti (MMU) dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
2.  peringkat Diploma di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi.
Tajaan Ke Peringkat Diploma Dan Ijazah Sarjana Muda Di IPT Awam Dan 3 I
Swasta (UTP, MMU Dan UNITEN)
•  Institusi-Institusi tajaan adalah seperti berikut: 
o  Universiti Malaya;
o  Universiti Kebangsaan Malaysia;
o  Universiti Teknologi Malaysia;
o  Universiti Putra Malaysia;
o  Universiti Sains Malaysia;
o  Universiti Malaysia Sabah;
o  Universiti Malaysia Sarawak;
o  Universiti Utara Malaysia;
o  Universiti Islam Antarabangsa;
o  Universiti Teknologi MARA;
o  Universiti Darul Iman;
o  Universiti Malaysia Terengganu; 

o  Universiti Teknikal Malaysia Melaka; 
o  Universiti Teknologi Tun Hussein Onn;
o  Universiti Sains Islam Malaysia;
o  Universiti Malaysia Pahang;
o  Universiti Malaysia Perlis ;
o  Universiti Tenaga Nasional;
o  Universiti Multimedia; 
o  Universiti Teknologi Petronas
•  Bidang/Kursus
Bidang/Kursus yang ditaja adalah seperti berikut : 



BIDANG  CONTOH KURSUS
Bidang
Kritikal
Perubatan, Pergigian dan Farmasi.
Sains Tulin Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Sains Hayat

Sains
Gunaan
Perubatan Vaterinar, Pertanian, Perhutanan,
Bioteknologi / Sains Makanan, Perikanan / Sains
Samudera, Sains Alam Sekitar, Sains Fizik & Gunaan
dan Komputer.
Sastera
Ikhtisas
Ekonomi / Perniagaan Tani, Pengurusan Perniagaan /
Pentadbiran Awam, Perakaunan / Kewangan, Undang-
Undang, Pengajian Kuantitatif, Pengurusan, Sains
Perpustakaan & Maklumat.
Sastera  Sastera dan Sains Sosial, Sains Pembangunan,
Psikologi, kaunseling, Komunikasi, Kemanusiaan /
Kemasyarakatan. 
Teknologi  Kejuruteraan, Alam Bina / Seni Bina, Ukur Tanah /
Bahan, Perumahan, Bangunan dan Perancangan.
Pengajian
Islam
Syariah dan Usulluddin.

•  Iklan Dan Permohonan 
o  Iklan tawaran biasiswa akan disiarkan dalam beberapa akhbar utama
tempatan, laman web JPA dan portal eSILA pada bulan Jun/Julai setiap
tahun.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (on-line) sahaja
dengan melayari http://esila.jpa.gov.my atau http://www.jpa.gov.my
setelah iklan disiarkan (pada bulan Jun/Julai setiap tahun).

Permohonan adalah percuma.
•  Syarat-Syarat Permohonan 
o  Pemohon hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti
berikut: 
  Syarat Umum
  warganegara Malaysia;
  umur tidak melebihi 24 tahun bagi pengajian di IPTA/IPTS
pada 1 Julai tahun penawaran; dan
  terbuka kepada pelajar tahun pertama (kemasukan semester
November/Disember  Sesi  sebelumnya  atau  Semester  Satu
Sesi  penawaran)  yang  telah  menerima  surat  tawaran
kemasukan  dari  mana-mana  IPT  yang  disenaraikan  di
perenggan 2.1 
  Syarat Khusus
Pemohon  yang  diterima  masuk  ke  IPT  di  perenggan  2.1  sama  ada  di
peringkat  diploma  atau  ijazah  sarjana  muda  perlu  memenuhi  salah  satu
kelayakan akademik seperti berikut: 
  pemohon  berkelulusan  Sijil  Pelajaran  Malaysia  (SPM)
perlu memperolehi  sekurang-kurangnya  gred  2A  dalam  7
mata pelajaran;
  pemohon  berkelulusan Matrikulasi  di  bawah Kementerian
Pelajaran  Malaysia  /  Universiti  Islam  Antarabangsa  atau
berkelulusan  foundation  /  Alpha  di  bawah  Institusi
Pengajian  Tinggi  perlu  mendapat  CGPA  sekurang-
kurangnya 3.30;
  pemohon  berkelulusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM)  perlu memperolehi  sekurang-kurangnya  Prinsipal
B dalam 4 mata pelajaran; 
  pemohon  berkelulusan  Sijil  Tinggi  Agama  Malaysia
(STAM)  perlu  memperolehi  sekurang-kurangnya  4
Mumtaz dan 5 Jayyid Jiddan; atau
  pemohon  berkelulusan  diploma  perlu  mendapat  CGPA
sekurang-kurangnya 3.30.
Catatan: pemohon yang mendapat tawaran kemasukan ke IPT
Awam bagi mengikuti kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi di
peringkat ijazah tidak tertakluk kepada syarat-syarat di perenggan
2.4(a)(iii) dan 2.4(b) di atas.
•  Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon:
o  pelajar-pelajar  yang  tidak memenuhi  syarat-syarat  kelayakan  umum  dan
khusus yang ditetapkan; 
o  pelajar-pelajar yang telah memasuki Tahun 2 dan ke atas; 
o  pelajar-pelajar  yang  telah  mempunyai  Ijazah  Sarjana  Muda,  diploma
lepasan Ijazah atau diploma anjuran sesuatu Jabatan / agensi; 
o  kursus-kursus  yang  berkaitan  dengan  pendidikan  seperti  Kursus  Ijazah
Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan;
o  pelajar-pelajar yang sedang mengikuti kursus peringkat matrikulasi / asasi
sains / pra-universiti / alpha / foundation;
o  pegawai  yang  sedang  berkhidmat  sama  ada  dalam  perkhidmatan  awam
atau swasta dan diluluskan cuti separuh gaji;
o  pelajar yang mengikuti program / kursus jarak jauh / separuh masa; 
o  pelajar / pegawai yang mengikuti Kursus-kursus Eksekutif.
Tajaan Peringkat Diploma Di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi 
•  Institusi / Kursus Tajaan 
o  Tajaan  adalah  meliputi  semua  bidang  /  kursus  peringkat  Diploma  yang
ditawarkan di Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi. 
•  Iklan Dan Permohonan 
o  Permohonan  tajaan  biasiswa  bagi  pengajian  peringkat  Diploma  di
Politeknik, Kementerian Pengajian Tinggi akan diiklankan melalui Jabatan
Hal-Hal  Pelajar  di  semua  Politeknik  dan  laman  web  JPA. 

Permohonan  hanya  boleh  dibuat  secara  dalam  talian  (on-line)  sahaja
dengan  melayari  http://esila.jpa.gov.my  atau  http://www.jpa.gov.my
setelah  iklan  disiarkan  (pada  bulan  Julai  setiap  tahun).

Permohonan adalah percuma.
•  Syarat-Syarat Permohonan
Pemohon hendaklah memenuhi syarat umum dan syarat khusus seperti berikut: 
o  warganegara Malaysia;
o  terbuka kepada pelajar-pelajar  yang mempunyai  kelulusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) sahaja;
o  umur tidak melebihi 19 tahun pada 1 Julai tahun penawaran; 
o  telah mendaftar  diri  untuk mengikuti  pengajian  tahun  satu  di  politeknik
pada bulan Januari Sesi sebelumnya atau pada bulan Julai Sesi penawaran; 
o  mendapat sekurang-kurangnya 6C (kepujian) dalam bahasa Melayu; 
o  memperolehi sekurang-kurangnya 4B dalam 6 mata pelajaran lain.

•  Calon-Calon Yang Tidak Layak Memohon:
o  pelajar-pelajar  yang  tidak memenuhi  syarat-syarat  kelayakan  umum  dan
khusus yang ditetapkan;
o  pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat sijil;
o  pelajar yang berada di tahun dua dan ke atas;
o  pelajar yang mengikuti kursus yang berkaitan dengan pendidikan;
o  pelajar yang telah mempunyai kelayakan Diploma;
o  pelajar yang sedang mengikuti Kursus Jarak Jauh / separuh masa; 
o  pelajar  yang mempunyai Diploma Lepasan  Ijazah  atau Diploma  anjuran
sesuatu Jabatan / Agensi.
Maklumat Lanjut
•  Maklumat lanjut mengenai program penajaan biasiswa bagi pengajian dalam
negara boleh diperolehi sama ada melalui surat, telefon atau email seperti butiran
di bawah:
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Latihan
Aras 5, Block C1,  Komplek C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA
(u/p: Unit Latihan Sebelum Perkhidmatan - Dalam Negara)

•  Talian Utama : 03-88853000
•  Talian Hotline : 03-88853049
•  Fax: 03-88810745 atau 88892171
•  E-Mail : lspdn@jpa.gov.my

0 comments:

Post a Comment

Peluang Keemasan




-Tak Perlu Beli Stok


-Tak Perlu Belian Maintain


-Komisyen Tinggi


-Masa kerja Fleksible


-Pelbagai Bonus/ Insentif