01.
Bilakah pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi
Akademik 2008/2009 disiarkan?
Pelawaan iklan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik
2008/2009:
• Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori
Diploma/Setaraf): 06 Januari 2008
• Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori STPM
2007/STAM): 03 Februari 2008
• Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf: 03 Februari 2008
02.
Bilakah pemohon boleh mengemukakan permohonan kemasukan ke
IPTA ?
Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi Akademik 2008/2009 boleh
dikemukakan mengikut program melalui Aplikasi Dalam Talian mulai tarikh
seperti berikut:
• Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori
Diploma/Setaraf): 07 Januari 2008 (mulai 12 tengah hari)
• Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf (Kategori STPM
2007/STAM): 04 Februari 2008 (mulai 12 tengah hari)
• Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf: 04 Februari 2008 (mulai 12
tengah hari)
03.
Bilakah tarikh tutup permohonan kemasukan ke IPTA sesi akademik
2008/2009?
Tarikh tutup permohonan adalah seperti berikut:
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf
• Kategori Diploma/Setaraf : 07 Februari 2008
• Kategori STPM 2007 : 10 hari bekerja dari tarikh pengumuman
keputusan STPM tahun 2007
• Kategori STAM 2007, 2006, 2005 : 10 hari bekerja dari tarikh
pengumuman keputusan STAM tahun 2007
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
• Lepasan SPM Kategori B, C dan D) 03 Mac 2008
• Lepasan SPM 2006 10 hari bekerja dari tarikh pengumuman
keputusan SPM tahun 2006
04.
Bagaimanakah untuk mendapatkan borang permohonan kemasukan ke
IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik
2008/2009?
Mulai Sesi Akademik 2008/2009, TIADA penjualan borang permohonan
kerana permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan
SPM/Setaraf adalah melalui Aplikasi Dalam Talian (Online Application)
sepenuhnya.
05.
Perlukah saya sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan
penyertaan aktiviti kokurikulum?
Tidak perlu. Maklumat kokurikulum akan diselaraskan dengan Kementerian
Pelajaran Malaysia.
06.
Adakah saya perlu menghantar salinan borang permohonan bersama
dokumen sokongan ke IPTA pilihan?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf
Hanya Kategori Diploma/Setaraf SAHAJA yang perlu mencetak maklumat
permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-
dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf
Pemohon Lepasan SPM Kategori C dan D SAHAJA yang perlu mencetak
maklumat permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan
dokumen-dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan.
07.
Bilakah keputusan permohonan ke IPTA Sesi Akademik 2008/2009
diumumkan?
Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf : Minggu akhir Jun 2008.
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf : Minggu pertama Mei 2008.
08.
Bolehkah pemohon Bukan Warganegara memohon kemasukan ke IPTA
bagi Program Lepasan SPM/Setaraf?
Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf terbuka kepada WARGANEGARA
sahaja.
09.
Bolehkah pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara atau
Penduduk Tetap memohon kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian
Lepasan STPM/Setaraf?
Pemohon Bukan Warganegara dari Luar Negara diminta memohon terus ke
IPTA pilihan melalui Pejabat Pendaftar Bahagian Akademik dan Kemasukan
dengan menggunakan borang khas yang disediakan oleh IPTA berkenaan.
Pemohon bertaraf Penduduk Tetap perlu memohon melalui Aplikasi Dalam
Talian ke BPKP JPT (UPU) untuk permohonan kemasukan ke IPTA.
10.
Adakah pemohon dibenarkan membuat pertukaran/pindaan kod
program pengajian selepas mengemukakan permohonan kemasukan
IPTA?
Tidak dibenarkan.
11.
Adakah pemohon dibenarkan menukar program pengajian yang
ditawarkan oleh sesebuah IPTA?
Tidak dibenarkan.
12.
Adakah pemohon dibenarkan menukar IPTA setelah menerima
tawaran?
Tidak dibenarkan.
13.
Apakah perlu saya buat jika kehilangan Nombor Unik ID?
Anda perlu membeli semula Nombor Unik ID anda di Bank Simpanan
Nasional.
14.
Adakah pemohon perlu menghantar salinan keputusan SPM/Setaraf
atau STPM setelah mengemukakan permohonan kemasukan ke IPTA
melalui Aplikasi Dalam Talian?
Pemohon kategori STPM 2007, STAM dan SPM (Kategori A dan B) TIDAK
perlu menghantar salinan keputusan yang telah disahkan ke BPKP JPT kerana
semua keputusan peperiksaan diperolehi daripada Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM)
Hanya Kategori Diploma/Setaraf dan SPM (Kategori C dan D) SAHAJA
yang perlu menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen
yang telah disahkan ke IPTA pilihan.
15.
Apakah yang perlu saya buat jika ibu bapa tiada sijil lahir atau sijil lahir
hilang?
Anda boleh mendapatkan cabutan sijil lahir yang hilang atau tercicir di
Jabatan Pendaftaran Negara terdekat ATAU dapatkan surat sumpah dari
mahkamah.
16.
Apakah dasar MUET dalam permohonan kemasukan ke IPTA bagi Sesi
Akademik 2008/2009?
Pemohon perlu mendapat tahap 1 (Band 1) dalam peperiksaan MUET bagi
kelayakan Lepasan STPM/Setaraf yang memohon ke Program Pengajian
Ijazah Pertama di IPTA.
17.
Bagaimanakah untuk mendapatkan status keputusan permohonan ke
IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf ATAU Program
Pengajian Lepasan SPM/Setaraf?
Anda boleh menyemak status keputusan permohonan ke IPTA melalui
kaedah berikut:
• http://www.mohe.gov.my
• http://www.jpt.uum.edu.my
• http://www.jpt.utm.my
18.
Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan tajaan ke IPTA?
Anda diminta merujuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara
(PTPTN) di alamat berikut untuk maklumat lanjut:
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Lot G2 Tkt. Bawah Wisma Chase Perdana
Off Jalan Semantan, Damansara Height
50490 Kuala Lumpur
Tel : 03-2098 3731/3732
Fax : 03-2098 3769
Jika ada soalan-soalan lain berkenaan dengan kemasukan ke IPTA, sila
kemukakan ke alamat e-mel kami:
upu@mohe.gov.my
Monday, March 15, 2010
Penting : Soalan Lazim bagi kemasukan pelajar ke IPTA (UPU) Jabatan Pengajian Tinggi
Posted by
Dr Mudah
at
10:23 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Plese reply
salam. "Hanya Kategori Diploma/Setaraf SAHAJA yang perlu mencetak maklumat
permohonan dan menghantar bersama-sama dengan salinan dokumen-
dokumen yang telah disahkan ke IPTA pilihan. " siapa yg perlu sahkan sijil2 tersebut.
Hi.. Sy nk tnye.. Adekah boleh membuat permohonan upu tetapi tarikh yg ditetapkan telah tamat tempoh rayuan..
HARI BAIK KANAK-KANAK IPH MAIAYSIA
TESTIMONI PADA BAGAIMANA SAYA MENDAPATKAN PINJAMAN UNTUK MEMBELI RUMAH DARIPADA SYARIKAT PINJAMAN YANG TERSEBUT DAN KESALAHAN DIPERLUKAN firma pinjaman Albaker. Saya SANGAT SANGATKAN HARI INI DAN ALLAH ALLAH.
,
Nama saya Abdullah Saya dari bandar Sepang saya telah mencari syarikat pinjaman asli selama 5 bulan yang lalu, untuk membeli sebuah rumah
semua yang saya dapat adalah sekumpulan penipuan yang membuat saya mempercayai mereka dan pada akhirnya
Pada hari itu, mereka mengambil wang saya tanpa memberi apa-apa balasan, semuanya
harapan saya hilang, saya keliru dan kecewa, saya tidak pernah mahu mempunyai apa-apa kaitan dengan syarikat pinjaman di internet, jadi saya pergi untuk meminjam wang dari
kawan, saya beritahu dia semua yang berlaku dan dia berkata dia boleh membantu saya, itu
Dia tahu syarikat pinjaman yang boleh membantu saya dengan apa-apa jumlah pinjaman
diperlukan oleh saya dengan kadar bunga yang sangat rendah sebesar 2%, dia baru saja mendapat
pinjaman daripada mereka, dia mengarahkan saya bagaimana untuk memohon pinjaman, saya lakukan
sama seperti dia memberitahu saya, saya memohon dengan mereka di E-mel: (albakerloanfirm@gmail.com) saya tidak pernah percaya tetapi saya cuba dan saya
kejutan besar saya mendapat pinjaman dalam masa 24 jam, saya tidak percaya,
Saya gembira dan kaya lagi dan saya berterima kasih kepada Allah bahawa pinjaman itu
syarikat-syarikat seperti ini masih wujud semasa penipuan ini di seluruh tempat,
sila saya nasihatkan semua orang di luar sana yang memerlukan pinjaman untuk pergi
(albakerloanfirm@gmail.com) mereka tidak akan gagal, dan
hidup anda akan berubah seperti yang dilakukan oleh saya. Seketika hubungi (albakerloanfirm@gmail.com) hari ini dan dapatkan pinjaman anda dari mereka, Tuhan memberkati firma pinjaman Albaker untuk menawarkan pinjaman tulen mereka.
Pastikan anda menghubungi firma pinjaman Albaker untuk pinjaman anda kerana saya mendapat pinjaman saya berjaya dari syarikat ini tanpa tekanan.
Post a Comment