A. IKLAN PERMOHONAN | ||
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI SR) Mod Latihan Perguruan Sepenuh Masa dan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI j-QAF) Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru(IPG). | ||
2.1 | Kewarganegaraan | ||
Pemohon mestilah warganegara Malaysia. | |||
2.2 | Kesihatan | ||
Calon hendaklah sihat fizikal dan mental. | |||
2.3 | Umur | ||
a. | Umur tidak melebihi 35 tahun pada 31 Januari 2011 iaitu lahir pada atau selepas 31 Januari 1976. | ||
2.3 | Kelayakan Akademik |
5. BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN |
5.1 | Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah(KPLI-SR) Mod Sepenuh Masa | ||||||||||||||
5.1.1 | Sekolah Kebangsaan (SK). | ||||||||||||||
|
5.1.2 | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
5.1.3 | Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5.2 | Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR)j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
5.2.1 | Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut: | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(i) Bahasa Arab | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(ii) Pendidikan Islam | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
(iii) Pendidikan Islam Pendidikan Khas j-QAF |
6. CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN |
6.1 | Permohonan hanya boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat: http://www.moe.gov.my mulai 11 Oktober 2010. | |
6.2 | Permohonan atas talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, ATM dan perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). | |
6.3 | Pemohon dinasihatkan melayari laman sesawang tersebut bagi mendapatkan maklumat iklan, kesesuaian ijazah dengan bidang pengkhususan, struktur program dan kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan. | |
6.4 | Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja. | |
6.5 | Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan. | |
6.6 | Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak. |
7. MAKLUMAN DAN PERHATIAN |
7.1 | Calon yang memenuhi syarat dan kelayakan asas untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini diwajibkan menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (Malaysian Teacher Selection Test – MTeST) dan menghadiri temu duga yang akan ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. (Sila rujuk Kalendar Aktiviti Permohonan KPLI Ambilan Januari 2011 di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah untuk maklumat lanjut.) | |
7.2 | Keutamaan diberi kepada calon yang mempunyai ijazah yang tepat dan bersesuaian dengan bidang yang dipohon. (Sila rujuk senarai kesesuaian ijazah di dalam Iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepas Ijazah ini untuk maklumat lanjut). | |
7.3 | Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada laman web Kementerian Pelajaran Malaysia dan dibawa bersama semasa ujian. | |
7.4 | Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada laman sesawang. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon. | |
7.5 | Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa Surat Pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga. | |
7.6 | Calon yang berjaya ditawarkan kursus akan menerima surat tawaran rasmi semasa melapor diri di Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan. | |
7.7 | Calon adalah dinasihatkan supaya terlebih dahulu membuat semakan kepada status kelayakan ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan dengan melayari portal di alamat berikut : http://www.interactive.jpa.gov.my/webinteraktif/frmMainIktiraf.asp | |
7.8 | Maklumat permohonan yang tidak lengkap atau tidak benar, boleh mengakibatkan permohonan ditolak. |
8. TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
Permohonan bagi Ambilan Januari 2011 ditutup pada 24 Oktober 2010. |
9. PENDAFTARAN |
Calon yang ditawarkan tempat mengikuti kursus ini akan mendaftar di Institut Pendidikan Guru yang ditentukan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tarikh yang akan ditetapkan. Calon yang telah ditemu duga dan tidak menerima sebarang maklumat dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh pendaftaran di Institut Pendidikan Guru adalah dianggap tidak berjaya. Bahagian ini tidak akan mengeluarkan maklumat secara bersurat kepada calon. |
10. IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU |
Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus. |
11. ALAMAT BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA |
Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan : | |||
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA ( u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar ) | Nombor Telefon : | 03-88841260 03-88841254 03-88841253 03-88841371 03-88841235 | |
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sabah d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya Peti Surat 10491 88805 Kota Kinabalu, Sabah | Nombor Telefon : | 088–236804 | |
URUSETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU Cawangan Sarawak Jalan College 93259 Kuching, Sarawak | Nombor Telefon : | 082 – 258045 |
0 comments:
Post a Comment