Sunday, October 17, 2010



Utusan Online -
Hadiah Najib untuk rakyat


Berikut adalah inti pati Bajet 2010:


Sebagai  sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat, segala sumpah janji dan  khidmat diabdikan tidak lain tidak bukan, adalah untuk melihat  kesejahteraan serta kemakmuran dinikmati semua pihak tanpa sebarang  pengecualian


CUKAI


* Pelepasan cukai pendapatan individu dinaikkan kepada RM9,000 daripada RM8,000.


* Pengurangan kadar cukai maksimum individu daripada 27 peratus kepada 26 peratus.


* Pelepasan cukai langganan jalur lebar sehingga RM500 setahun pada 2010 hingga 2012.


KAKITANGAN AWAM


* Bayaran khas RM500 kepada penjawat Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.


* Pinjaman pembelian komputer setiap tiga tahun berbanding lima tahun sekali sekarang.


RUMAH


* 74,000 unit rumah kos rendah disediakan untuk disewa kepada rakyat pada 2010.


KWSP


* Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang  tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja.  Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada  jumlah RM60 setahun.


* Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.


* Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.


KWSP


* Skim Simpanan Persaraan 1Malaysia diuruskan oleh KWSP untuk yang  tiada pendapatan tetap termasuk pemandu teksi, petani dan penjaja.  Setiap RM100 caruman, kerajaan menyumbang 5 peratus tertakluk kepada  jumlah RM60 setahun.


* Pelepasan cukai individu untuk caruman KWSP dan premium insurans hayat dinaikkan RM1,000 kepada RM7,000.


* Caruman KWSP dinaikkan semula kepada 11 peratus.


PENDIDIKAN


* Menukar pinjaman PTPTN kepada biasiswa bagi pelajar mendapat ijazah kelas pertama.


* 30 pelajar terbaik menerima Biasiswa Nasional di universiti tersohor.


* Pakej ‘netbook’ termasuk perkhidmatan jalur lebar dengan bayaran RM50 sebulan untuk dua tahun.


* Diskaun 50 peratus perkhidmatan kereta api jarak jauh kepada pelajar dengan kad diskaun pelajar 1Malaysia. - Utusan




2:48


Utusan Online -
Najib bentang Bajet 2010 tanpa gangguan


KUALA  LUMPUR 23 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyampaikan  ucapan bajet sulungnya sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan  selama dua jam dengan lancar tanpa sebarang gangguan atau celahan  daripada barisan pembangkang yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Beliau  yang memakai baju Melayu berwarna biru muda memulakan ucapannya pada  pukul 4.05 petang dengan membuat permohonan kepada Yang Dipertua, Tan  Sri Pandikar Amin Mulia untuk mencadangkan Rang Undang-Undang Perbekalan  (2010) dibaca bagi kali kedua.


Sebelum itu, Najib masuk ke dalam  Dewan kira-kira pukul 3.53 petang sambil disambut oleh Timbalannya, Tan  Sri Muhyiddin Yassin yang berbaju Melayu berwarna hijau muda.


Ketika  mula-mula bangun membentang ucapan Bajet 2010 yang bertemakan  '1Malaysia, Kemakmuran Bersama' setebal 55 muka surat, Najib diberikan  tepukan meja paling bergemuruh oleh para penyokong kerajaan.


Beliau  memulakan ucapan bajet itu yang bertujuan menjadi asas pembentukan  model ekonomi baru dan pembuka tirai kepada Rancangan Malaysia Ke-10  dengan menyatakan:


"Sesungguhnya bajet ini merupakan bajet sulung saya sejak memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.


"Bersempena  itu, suka saya memulakan bajet pertama ini dengan membacakan firman  Allah SWT dalam surah Al-Zukhruf, ayat ke-32 yang bermaksud: Adakah  mereka berkuasa membahagi-bahagikan rahmat Tuhan mu wahai Muhammad?"


Pada  masa sama, bertentangan dengan mereka di barisan pembangkang, Anwar  yang berbaju Melayu berwarna hijau tua turut dilihat tekun mendengar  ucapan itu dan sekali-sekala melontar senyuman.


Bajet yang  dibentangkan melibatkan cadangan peruntukan RM191.5 bilion yang  merupakan pengurangan 11.2 peratus berbanding peruntukan RM215.7 bilion  ketika Bajet 2009.


Sepanjang menyampaikan ucapannya, Perdana  Menteri diberikan tepukan meja lebih 50 kali oleh penyokong kerajaan  apabila beliau mengumumkan langkah-langkah yang akan dilakukan kerajaan  untuk kesejahteraan rakyat.


Tepukan juga diberikan apabila beliau bermadah:


"Berdasarkan semua yang dinyatakan tadi, moga beraraklah awan mendung dan sinar mula menampakkan wajahnya."


Najib juga diberikan tepukan apabila memberikan peringatan dengan nada tegas:


"Kepada  pihak swasta dan syarikat milik kerajaan. Dalam kejayaan meraih  keuntungan, hendaklah jangan dilupa kepada tanggungjawab sosial.  Kembalilah berbudi kepada masyarakat."


Najib juga mendapat  tepukan meja paling gemuruh daripada wakil rakyat Barisan Nasional (BN)  dari Sabah dan Sarawak apabila mengumumkan kerajaan akan membina jalan  luar bandar dan jalan kampung dengan peruntukan RM857 juta di Kapit,  Lawas dan Simunjam di Sarawak serta Kinabatangan, Kota Belud dan  Keningau di Sabah.


Ketawa kecil di kalangan wakil rakyat juga  kedengaran ketika beliau menyebut nama Kinabatangan kerana Ahli Parlimen  di situ, Datuk Bung Moktar Radin adalah antara wakil rakyat paling  lantang bersuara di Dewan Rakyat mendakwa kerajaan tidak banyak membantu  kawasannya.


Tepukan meja sekali lagi diberikan oleh wakil rakyat  kedua-dua negeri berkenaan apabila beliau mencadangkan supaya kerajaan  meneruskan Skim Program Lonjakan Mega dengan peruntukan RM141 juta di  Batang Sadung dan Batang Lupar, Sarawak dan Pulau Banggi, Sabah.


Kedengaran  juga beberapa kali ungkapan "Ya...ya" daripada wakil rakyat termasuk  apabila beliau menyebut: "Mahu tidak mahu kadar pemilikan komputer dan  penembusan jalur lebar harus ditingkatkan. Barulah nanti masyarakat  negara ini celik IT, setanding dengan rakyat di negara maju lain."


Ketawa  kecil sekali lagi kedengaran ketika beliau mengumumkan kerajaan akan  memperkenalkan perkhidmatan kesihatan klinik komuniti yang akan  dinamakan Klinik 1Malaysia di kawasan bandar.


Semua wakil rakyat  BN dan pembangkang dilihat turut menepuk meja apabila Perdana Menteri  mengumumkan penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 dan setaraf  dengannya serta pesara wajib kerajaan akan menerima bayaran khas RM500  pada Disember ini.


Pada akhir ucapannya, Najib mendapat tepukan  paling bergemuruh daripada penyokong kerajaan apabila beliau sekali lagi  bermadah mengenai kerajaan yang mementingkan rakyat dan ke arah menuju  1Malaysia.


"Sesungguhnya, inilah bajet yang menelesuri keperluan  dan meresapi denyut nadi rakyat. Sesungguhnya inilah satu persembahan  yang tulus dan ikhlas daripada kerajaan yang menjiwai rakyat.


"Bulatkan  tekad, tetapkanlah hasrat, menjunjung Gagasan 1Malaysia, segala yang  mustahil kan pasti nyata. 1Malaysia, kemakmuran bersama."


Sepanjang  ucapannya Najib dilihat meneguk air yang disediakan sebanyak empat kali  bagi menghilangkan haus seawal 30 minit ucapan bermula.


Sejurus  selepas Najib selesai menyampaikan ucapannya tepat pukul 6.04 petang,  Pandikar Amin mengumumkan sesi Dewan Rakyat ditangguhkan dan perbahasan  rang undang-undang itu akan disambung pada Isnin ini. - Utusan

0 comments:

Post a Comment

Peluang Keemasan




-Tak Perlu Beli Stok


-Tak Perlu Belian Maintain


-Komisyen Tinggi


-Masa kerja Fleksible


-Pelbagai Bonus/ Insentif