Monday, April 12, 2010

Semua pelajar Lepasan SPM 2009 yang telah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengetahui keputusan permohonan mulai 16 April 2010 ini.

Semakan boleh dibuat melalui:

1- Laman web rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my dengan memasukkan (No. Kad Pengenalan dan Angka Giliran SPM) atau

2-Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip perkataan MOE><MAT><NO KP (pelajar) dan dihantar ke talian 15888 atau

3-Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4100 juga boleh dihubungi untuk mengetahui keputusan rasmi permohonan bermula pada  
16 April 2010 dari jam 08.30 pagi hingga 04.00 petang (hari bekerja sahaja).

Tarikh pendaftaran pelajar matrikulasi pada 10 Mei 2010.

Surat tawaran dan maklumat lanjut tentang pendaftaran, yuran dan sebagainya akan dihantar oleh kolej matrikulasi / kolej MARA berkenaan.

RAYUAN 
Pelajar yang layak dan telah memohon tetapi gagal mendapat tempat sahaja boleh membuat rayuan terus melalui internet mulai 16 hingga 30 April 2010.

Keputusan rayuan boleh diketahui pada 24 Mei 2010 melalui :
 1- laman web di atas atau

2-sistem SMS dengan menaip MOE><MAR><NO KP (pelajar) ke 15888 atau

 3-Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4100 boleh dihubungi dari jam 08.30 pagi hingga 04.00 petang (hari bekerja sahaja).

 Hanya calon yang berjaya akan dihubungi melalui surat dan perlu mendaftar di kolej yang ditetapkan dalam masa seminggu iaitu 25 - 31 Mei 2010.
Mereka yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas itu dianggap gagal.



KEPUTUSAN CALON BERJAYA PROGRAM DUA TAHUN (PDT)
( Bumiputera Sahaja) 
Keputusan calon berjaya PDT akan diumumkan pada 03 Jun 2010 dan calon yang berjaya dikehendaki mendaftar di kolej yang ditetapkan pada 14 Jun 2010.

Sila semak di laman web dan hubungi talian bantuan 03-8884 4100 dan sistem SMS dengan menaip perkataan MOE><MAT><NO KP (pelajar) dan dihantar ke talian 15888.

Last Updated on Thursday, 08 April 2010 03:42 .Matrikulasi KPM web

0 comments:

Post a Comment

Peluang Keemasan




-Tak Perlu Beli Stok


-Tak Perlu Belian Maintain


-Komisyen Tinggi


-Masa kerja Fleksible


-Pelbagai Bonus/ Insentif