Monday, April 12, 2010

http://www.moe.gov.my/bmkpm/
 
Program Matrikulasi merupakan satu program persediaan bagi pelajar bumiputera untuk melayakkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi dan perakaunan. Sebelum ini program matrikulasi telah dikendalikan oleh beberapa Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) lebih 30 tahun yang lalu dengan cara dan corak pelaksanaan yang berbeza. Hasil dari program ini telah melahirkan banyak cendekiawan dan tenaga mahir bumiputera dalam bidang profesional.

BMKPM telah mengambil kumpulan pertama (perintis) bagi pelajar matrikulasi daripada kalangan pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) pada awal tahun 1999. Pelajar-pelajar ini telah ditempatkan di Kolej Yayasan Pelajaran MARA, Bangi, Selangor.
Kolej Matrikulasi Melaka dan Kolej Matrikulasi Labuan telah membuat pengambilan pertama pada bulan Julai 1999. Tiga buah kolej yang lain telah mulai beroperasi pada tahun 2000 iaitu Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang dan Kolej Matrikulasi Perlis. Pada sesi 2002/2003, Kolej Matrikulasi Perak dan Kolej Matrikulasi Johor telah membuat pengambilan yang pertama. Kolej Matrikulasi Kedah dan Kolej Matrikulasi Pahang pula mula beroperasi pada sesi 2003/2004. Tiga buah kolej teknikal iaitu Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, Kolej Matrikulasi Johor dan Kolej Matrikulasi Kedah telah beroperasi mulai tahun  2009.  Sebuah kolej di Banting, Selangor iaitu Kolej Matrikulasi Selangor akan beroperasi mulai tahun 2010.  Dua kolej MARA iaitu Kolej MARA Kulim dan Kolej MARA Kuala Nerang turut mengendalikan program ini sehingga hari ini.
IPTA terlibat secara langsung dengan penggubalan kurikulum program matrikulasi, penggubalan soalan peperiksaan, penaksiran soalan peperiksaan dan pemeriksaan kertas jawapan peperiksaan. Oleh itu pengambilalihan Program Matrikulasi oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berupaya mengawal kualiti dan memenuhi keperluan kuantiti pelajar bumiputera untuk menyediakan pelajar yang lebih berdaya saing dan beriltizam untuk mengikutii program ijazah pertama di IPTA.

Misi


Membangunkan potensi pelajar bumiputera dalam bidang sains, teknologi dan profesional melalui pendidikan prauniversiti yang berkualiti untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. 

Visi

Penjana unggul pelajar bumiputera berkualiti ke institusi pengajian tinggi dalam bidang sains, teknologi dan profesional menjelang 2015

Objektif

  • Membangunkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • Mengeluarkan lulusan Program Matrikulasi bagi memenuhi keperluan institusi pengajian tinggi awam dalam bidang sains, teknologi dan professional.
  • Menjana lepasan Program Matrikulasi yang berpengetahuan, kreatif dan berdaya saing.

Piagam Pelanggan

Kami warga Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia dengan penuh tekad dan iltizam berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha
kami :
  • Menyediakan kurikulum pengajian program matrikulasi yang diiktiraf oleh institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara
  • Memastikan semua kolej matrikulasi melaksanakan kurikulum yang disediakan
  • Mengendalikan penilaian dan peperiksaan program matrikulasi yang berwibawa dan mematuhi piawaian
  • Memastikan keputusan peperiksaan dikeluarkan satu (1) bulan selepas tarikh akhir peperiksaan
  • Memastikan semua kolej matrikulasi menyediakan perkhidmatan berkualiti dan pembangunan modal insan yang menyeluruh kepada pelajar
  • Mengeluarkan senarai calon berjaya ke program matrikulasi lima minggu selepas keputusan SPM diumumkan
  • Memastikan pengurusan sumber manusia,  kewangan dan aset yang cekap dan berkesan
  • Memberi perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan

Senarai Kolej Matrikulasi

Kolej Matrikulasi Melaka
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Perlis
Kolej Matrikulasi Labuan
Kolej Matrikulasi Johor
Kolej Matrikulasi Perak
Kolej Matrikulasi Kedah
Kolej Matrikulasi Pahang
Kolej Matrikulasi Selangor

Kolej Matrikulasi Teknikal
Kolej Matrikulasi Teknikal Johor
Kolej Matrikulasi Teknikal Kedah
Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang

Kolej MARA
Kolej MARA Kuala Nerang
Kolej MARA Kulim
Last Updated on Monday, 12 April 2010 23:02

0 comments:

Post a Comment

Peluang Keemasan




-Tak Perlu Beli Stok


-Tak Perlu Belian Maintain


-Komisyen Tinggi


-Masa kerja Fleksible


-Pelbagai Bonus/ Insentif