Monday, April 12, 2010

  • Program Satu Tahun (PST)
Program ini dilaksanakan mulai pengambilan sesi 1998/1999 untuk tiga semester. Namun, mulai sesi 2001/2002, sesi pengajian PST telah dipendekkan kepada dua semester.
Program ini merupakan program persediaan khususnya bagi pelajar bumiputera untuk melayakkan mereka mengikuti kursus-kursus tertentu di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, perakaunan dan teknikal di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Penyusunan kursus pengajian mengambil kira pengetahuan asas pelajar yang diterima masuk dan keperluan bidang-bidang tertentu  pada peringkat ijazah pertama.
----------------------------------------------------------
  • Program Dua Tahun (PDT)
Program yang telah diperkenalkan mulai pada sesi 2006/2007 dikhaskan kepada pelajar aliran sains sahaja. Pelajar program ini disyaratkan untuk mengikuti Program Matrikulasi selama empat semester.
Program yang dikhususkan  bagi pelajar bumiputera aliran sains ini,  menyediakan  pelajar dengan memantapkan asas pengetahuan pelajar dalam bidang sains bagi tahun pertama. Aliran yang ditawarkan adalah berbentuk modul yang dikenali sebagai Modul I dan Modul II.
Di tahun kedua, pelajar  Modul I  akan mengikuti kurikulum PST dalam Aliran Sains Hayat  dan pelajar Modul II pula akan mengikuti kurikulum PST  dalam Aliran Sains Fizikal.
----------------------------------------------------------------

  • Program Teknikal
Program ini mula diperkenalkan pada sesi 2009/2010 dan dikhaskan kepada pelajar dari sekolah menengah teknikal atau pelajar dari sekolah harian tetapi mempunyai latar belakang mata pelajaran teknologi kejuruteraan. Progam teknikal hanya menawarkan pengajian selama satu tahun dan struktur pengajian adalah sama dengan apa yang ditawarkan oleh PST. 
---------------------------------------------------------------------

  • Jurusan dan Aliran
 
Program Matrikulasi telah menawarkan dua  jurusan utama iaitu Jurusan Perakaunan dan  Jurusan Sains.
Jurusan Perakaunan menawarkan  hanya  satu aliran sahaja manakala Jurusan Sains terbahagi kepada tiga aliran utama seperti berikut:
  • Aliran Sains Hayat
  • Aliran  Sains Fizikal
  • Aliran Teknikal

0 comments:

Post a Comment

Peluang Keemasan




-Tak Perlu Beli Stok


-Tak Perlu Belian Maintain


-Komisyen Tinggi


-Masa kerja Fleksible


-Pelbagai Bonus/ Insentif