"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1
dan 2).
Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah
zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan
tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah
zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut
bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama
dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin.
Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun
sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada
kehidupan manusia sejagat.
Buah zaitun atau nama botaninya
dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi
tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia
dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang
buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi,
Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi
pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan
penanaman buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian-
kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun
mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak
zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat
makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia
akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi
buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia
bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami
ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi
dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan
sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari
sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak
tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu
merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah
dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan,
Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan
seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging
yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko
dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun
akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10
Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean
yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang
mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat
didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun
adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh,
jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah
yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah
bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih
cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses
menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut
dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan
melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu,
minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak
sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat
kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit
jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat.
Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana
ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan
yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah.
Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah
seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir
ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di
dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat
kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam
pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak
zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Kelebihan minyak zaitun boleh
dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana
penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan
bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun
tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa
sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak
masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali
menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak
elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut
memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan
minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan
mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah
dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan
minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang
akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada
penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak
kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal
lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan
pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk
kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah
meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak
zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh
(beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah,
ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya
sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut,
barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan.
Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah
ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana
bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar
sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya..
More Info :
Blog : http://oliveasli.blogspot.com/
Facebook https://www.facebook.com/oliveoilasli
Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau
hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)
Thursday, December 12, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment