Showing posts with label SBP. Show all posts
Showing posts with label SBP. Show all posts

Friday, December 24, 2010

Salam sejahtera buat semua.

Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4 2011 Semenanjung Malaysia

Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar Tingkatan Tiga warganegara Malaysia yang layak untuk kemasukan Tingkatan Empat tahun 2011.

Syarat-syarat Kelayakan Kemasukan ke MRSM

  1. Mendapat sekurang-kurangnya 6A 2B (A dalam Matematik dan Sains) dan tiada gred C, D atau E bagi mata pelajaran teras dalam PMR tahun 2010.
  2. Mendapat markah yang tinggi dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) 2010.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)

  1. Pemohon akan menduduki UKKM pada bulan Disember 2010.
  2. Tempat dan tarikh ujian akan dipilih oleh pemohon semasa mengisi borang permohonan online.

Nota Berkaitan Pemilihan Kemasukan ke MRSM

  1. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah.
  2. Hanya permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan dipertimbangkan.
  3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan.
  4. Pemohon yang tidak menduduki UKKM juga tidak akan dipertimbangkan.
  5. MRSM menawarkan jurusan Sains Tulen sebagai jurusan utama.

Syarat-syarat Memohon Kemasukan ke MRSM Secara Online

  1. Pelajar Bumiputera tingkatan tiga di Semenanjung Malaysia dan pelajar bukan Bumiputera (tingkatan tiga yang sedang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan) di Semenanjung Malaysia.
  2. Pelajar yang sedang menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kementerian Pelajaran tidak dibenarkan memohon dan tidak akan ditawarkan ke MRSM.
  3. Pemohon hendaklah lulus Peperiksaan Percubaan PMR 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan dengan memperoleh sekurang-kurangnya lulus dalam Subjek Matematik dan Sains.

Permohonan

  1. Sebelum mengisi borang secara online pemohon perlu mendapatkan nombor pin atau kata laluan.
  2. Permohonan perlu dibuat secara online di Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tingkatan 4. (Pautan akan hanya dibuka pada 27 September 2010)
  3. Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan di dalam borang permohonan online serta memastikan borang tersebut dihantar secara online.
  4. Pemohon juga perlu membuat cetakan borang permohonan dan menghantarnya bersama-sama dokumen lain yang berkaitan ke alamat di bawah:
    • Permohonan Ke Tingkatan 4, Pengarah, Bahagian Pendidikan dan Latihan (Menengah), Tingkat 19, Ibu Pejabat MARA, Jalan Raja Laut, 50609 KUALA LUMPUR.

Memohon Nombor Pin atau Kata Laluan

  1. Pemohon boleh mendapatkan nombor pin di semua Pejabat MARA Negeri, Pejabat MARA Daerah dan Maktab Rendah Sains MARA mulai 27 September 2010 secara percuma.
  2. Sila bawa salinan kad pengenalan, surat beranak serta keputusan Peperiksaan Percubaan PMR 2010, yang telah disahkan benar, semasa mendapatkan nombor pin.

Tarikh Tutup Permohonan

  1. Permohonan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 4 2011 akan ditutup pada 21 Oktober 2010.
  2. Cetakan borang permohonan online yang telah lengkap diisi bersama-sama dokumen yang berkaitan hendaklah dihantarkan selewat-lewatnya pada 26 Oktober 2010.
  3. Pemohon boleh menyemak keputusan ke MRSM pada bulan Februari 2011.
  4. Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang jawapan sehingga 30 April 2011 permohonan anda dianggap tidak berjaya.

Info Tambahan

  1. Sila rujuk Iklan Permohonan Kemasukan Ke Maktab Rendah Sains MARA Tingkatan 4 Tahun 2011 Semenanjung Malaysia untuk maklumat lanjut.
  2. Sebarang pertanyaan dan persoalan yang berkaitan dengan permohonan sila hubungi talian 03 2690 3765.
     
    #http://beliamuda.com
Para pelajar Tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki Tingkatan 4 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah dipelawa untuk membuat permohonan sekarang. Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan sebanyak 57 buah SBP di seluruh negara yang menyediakan tempat untuk pelajar Tingkatan 4.

Aliran

Ketika ini ada sebanyak 57 buah SBP di seluruh negara dengan pelbagai kombinasi aliran iaitu aliran Sains Tulen, Sains Tulen Agama, Agama dan Teknikal untuk pelajar Tingkatan 4. Setiap aliran SBP ini menawarkan sedikit perbezaan pakej mata pelajaran. Ketika ini ada 54 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen, 15 buah SBP menawarkan aliran Sains Tulen Agama, 1 buah SBP menawarkan aliran Agama dan 27 buah SBP menawarkan  aliran Teknikal di seluruh negara.

Pakej Mata Pelajaran

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan untuk setiap aliran adalah seperti berikut;
Aliran Sains Tulen (ST)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan, EST(pilihan)
Aliran Sains Tulen Agama (STA)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Fizik, Kimia, Biologi,Matematik Tambahan, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah.

Aliran Agama (A)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Bahasa Arab Tinggi, Pendidikan Al-Quran & Sunnah, Pengajian Syariah, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Matematik Tambahan
Aliran Sains Teknikal (T)
Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam/ Moral, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan, Teknologi Kejuruteraan, EST(pilihan)

Permohonan

  • Permohonan Kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 4 2010 ini perlu dibuat dengan mengisi borang secara online di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Borang Permohonan ini hendaklah dicetak dan mesti ditandatangani oleh pemohon dan dihantar kepada Pengetua untuk disahkan. Pihak sekolah akan menghantar borang yang telah disahkan kepada PPD atau JPN.

Maklumat

  • Sila kunjungi Sistem Permohonan Atas Talian Ke Tingkatan 4 SBP untuk membuat permohonan dan mendapatkan maklumat lanjut.
  • Sila semak Senarai SBP untuk mengetahui SBP dan aliran yang ditawarkan.
  • Keputusan permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 SBP dijangka akan diumumkan pada 15 Jan 2010.
  • Mereka yang gagal mendapat tawaran boleh membuat rayuan dari 15 Januari 2010 sehingga 2 Februari 2010
  • Mereka yang mendapat tawaran dijangka perlu mendaftar pada 2 Februari 2010 dan mereka yang berjaya dalam rayuan perlu mendaftar di antara 8 hingga 6 Februari 2010.

Tarikh Tutup

Permohonan untuk ke Tingkatan 4 SBP 2010 akan ditutup pada 15 Oktober 2009
#http://eputra.com

Peluang Keemasan




-Tak Perlu Beli Stok


-Tak Perlu Belian Maintain


-Komisyen Tinggi


-Masa kerja Fleksible


-Pelbagai Bonus/ Insentif