Amazon Hot Gaming!

User FB ? Please Follow - Tenki tenkiu

Wednesday, May 26, 2010





1. Soalan: Bagi seseorang peminjam sumber kewangan perniagaan dari MARA, bolehkah dilakukan pertukaran penjamin dan digantikan dengan penjamin yang lain pada kelayakan yang sama?
Jawapan: Ya, pertukaran penjamin boleh dilakukan tetapi syarat syarat berikut hendaklah dipatuhi:
  1. Penjamin baru mempunyai kelayakan yang sama dengan penjamin yang lama
  2. Persetujuan telah diperolehi daripada penjamin yang lama untuk bertukar kepada penjamin yang baru
  3. Pembiayaan pinjaman tersebut masih belum diambil tindakan penguatkuasaan oleh pihak MARA
  4. Permohonan pertukaran penjamin adalah sah setelah mendapat kelulusan Jawatankuasa Pembiayaan Perniagaan Peringkat Negeri/Bahagian/Ibu Pejabat/Tertinggi (mengikut amaun yang dipohon/diluluskan)
2. Soalan: Adakah MARA mempertimbangkan penjadualan semula bayaran balik pinjaman/penjamin/pencagar?
Jawapan: Ya, MARA mempertimbangkan penjadualan pembayaran semula pinjaman setelah dirujuk terlebih dahulu dengan Pejabat MARA peringkat negeri berkenaa. Peminjam/pembayar pinjaman hendaklah mengemukakan nombor rancangusaha semasa berurusan.
3. Soalan: Bagaimanakah syarat pinjaman untuk kontraktor kelas F?
Jawapan:
Kelayakan Pemohon :-
  1. Warganegara Malaysia berketurunan Melayu atau Bumiputera
  2. Telah menjalankan perniagaan
  3. Berusia 18 tahun ke atas
  4. Mempunyai pengalaman/pengetahuan dalam bidang perniagaan yang dijalankan/hendak ditubuhkan.
  5. Dapat menyumbangkan modal sendiri tidak kurang 20% daripada kos projek
  6. Melibatkan diri dalam perniagaan sepenuh
  7. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan tersebut termasuk mempunyai lesen PKK, CIDB dan Kementerian Kewangan
Mengemukakan cagaran/jaminan (salah satu) :-
Cagaran :-
  1. Tanah – Nilai paksaan tanah tidak kurang 20% daripada jumlah pembiayaan. Tanah boleh milik sendiri atau milik keluarga/orang lain (perlu mendapat kebenaran secara bertulis terlebih dahulu)
Penjamin
A. Pembiayaan Kurang RM50,000
  • 1 orang penjamin
  • Pendapatan tetap bulanan tidak kurang RM500 sebulan
B. Pembiayaan RM50,001 dan ke atas
  • Sekurang-kurangnya 2 orang penjamin
  • Pendapatan tetap bulanan mereka tidak kurang daripada 5% daripada jumlah pembiayaan.
Bayaran Balik
Mengikut jangkamasa tempoh kontrak + 6 bulan
Permohonan boleh dibuat melalui pejabat MARA Daerah di mana projek kontrak tersebut dijalankan. Sebarang maklumat lanjut, sdr boleh melayari laman web MARA di alamat www.mara.gov.my atau pejabat MARA Daerah yang berhampiran.

0 comments:

Post a Comment

Link exchange

Link exchange Free For All












Support Us..! Copy code below and paste at your blog or website. Sila tukarkan heigh dan width untuk tukarkan saiz banner Info-MyTips, Tq~








”QuranicFoods”