Dalam banyak
cloud hosting yang ditawarkan secara percuma,
Dropbox merupakan
cloud hosting
yang menawarkan servis yang terbaik dan merupakan servis pilihan
peribadi saya selain Box dan SkyDrive. Walau bagaimanapun, 2GB
storage space yang ditawarkan kepada pemilik akaun percuma adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan Box (5GB) dan SkyDrive (25GB).
- Android (phone & tablet), iOS (iPhone & iPad), Blackberry compatible,
- Desktop Installer untuk Windows, Mac & Linux,
- Proses sync yang dilakukan secara background,
- Akses di mana sahaja asalkan ada sambungan internet,
- Perkongsian pelbagai jenis fail dan lain-lain.
Disebabkan kelebihan servis yang ditawarkan oleh
Dropbox, saya akan kongsikan beberapa trick untuk dapatkan extra space dari Dropbox (
legit).Walau bagaimanapun, anda perlu sign up untuk dapatkan free akaun terlebih dahulu.
1. Sign Up Dropbox Free Akaun (2GB)
- Sekiranya berminat, anda boleh mendaftar Dropbox DI SINI.
- Selesai proses pendaftaran, anda akan diberikan 2GB storage space secara percuma.
- Download dan install Dropbox untuk PC, Mac atau Linux. (desktop)
- Download dan install aplikasi Dropbox untuk Android, iOS dan Blackberry untuk peranti anda.
- Proses perkongsian dan synchronize fail dapat dilakukan dengan drag and drop (background process) tanpa menggaggu urusan anda.
2. Synchronize Dropbox Dengan Facebook & Twitter (extra 640MB)
Untuk mendapatkan
extra space 640MB, anda hanya perlu lakukan 5
task mudah seperti
follow Dropbox melalui Facebook & Twitter, Tweet dan lengkapkan ruangan
“I love Dropbox because… “. Task ini boleh dilakukan di
Dropbox Free Page.
3. Invite Rakan – Rakan Anda (extra 250MB/user)
Kongsikan
referral links
anda dengan rakan-rakan anda samada di Facebook atau Twitter. Anda akan
diberikan extra space 250MB bagi setiap yang mendaftar melalui link
anda (maksimum 8GB).
Bagi yang memiliki akaun email .edu, anda akan diberikan extra space 500MB bagi setiap rakan yang anda
refer (maksimum 16GB).
4. Dropbox Beta Release (500MB – maksimum 5GB)
NOTE : Hanya untuk pengguna Windows sahaja.
Ini yang paling saya suka dan telah terbuksi berfungsi dengan baik. Rujuk
screenshot di bawah.
Buat masa ini, Dropbox banyak melakukan proses
Beta Release (
Desktop Tester) untuk Windows platform. Untuk menarik ramai
tester, mereka menawarkan extra space 500MB – 5GB secara percuma kepada
tester
yang memuatnaik photo dan video ke akaun Dropbox. Anda akan diberikan
500MB tambahan bagi setiap 500MB fail yang anda upload ke akaun Dropbox.
Pada
asalnya, proses ini hanya boleh dilakukan menerusi smartphone sahaja.
Walau bagaimanapun, kerja-kerja memuatnaik fail yang bersaiz besar dari
smartphone adalah leceh dan mengambil masa yang agak lama. Jadi,
trick bagi membolehkan proses muatnaik dilakukan dari desktop anda boleh dilakukan menerusi cara berikut;
Anda memerlukan;
- Thumbdrive atau External Drive (minimum 500MB – 5GB),
- Dropbox beta version 1.3.23 (DOWNLOAD DARI SINI) atau dari Dropbox Forum Site Untuk Latest Version,
- Windows PC,
- Photo atau video yang secukupnya.
Langkah 1
Download dan
Install Dropbox Beta Tester.
Langkah 2
Wujudkan
New Folder di Thumbdrive atau External drive anda dan namakannya “
DCIM” dan simpan photo atau video yang bersaiz minimum 500MB. Setelah selesai,
Disconnect thumbdrive atau external drive dari PC.
Langkah 3
Right Click icon Dropbox di Taskbar Windows anda ->
Preferences ->
General ->
Camera Upload ->
Click Change Autoplay Setting -> setkan AutoPlay untuk Pictures dan Video Files kepada
Import Pictures and Videos using Dropbox ->
Save ->
Apply.
Langkah 4
Connect thumbdrive atau external drive ke PC dan Autoplay menu akan
popup. Pilih
Import Pictures and Videos using Dropbox. Proses upload akan dilakukan secara background dan anda akan mendapat makluman setiap kali
extra space anda sudah bertambah.
Okay, selesai. Selamat berjaya!