Amazon Hot Gaming!

User FB ? Please Follow - Tenki tenkiu

Tuesday, August 14, 2012

Kali ni saya nak berkongsi cara bayar zakat fitrah melalui sms. Memang  ada banyak cara untuk membuat bayaran zakat fitrah tahun 2012 ini, samada secara online ataupun offline. Amil pusat zakat juga ada di pelbagai lokasi terpilih seperti di pusat-pusat membeli-belah dan pasar selain kaunter zakat dibuka setiap hari termasuk hari cuti

Berikut adalah pengumuman yang dibuat oleh pihak Lembaga Zakat Selangor tentang cara bayar zakat fitrah melalui sms.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan komitmen pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Celcom dan Maxis.
Pembayaran zakat melalui SMS ini telah bermula sejak Ramadan tahun 2008 (1429H) lagi. Penggunaan SMS telah dibenarkan mengikut keputusan fatwa berhubung cadangan pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik; Pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Pra Bayar dan Pasca Bayar dan Pembayaran Zakat Melalui Internet, Mesin ATM dan Mesin E-Debit.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa :
HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pasca bayar.
HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit

• Pihak ejen kutipan zakat (telekomunikasi) hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah diterima.
• Pihak ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan.
Keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor terbaru pada 6hb Januari 2011 boleh di download di FATWA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SMS.
Atas inisiatif Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama pihak Celcom dan Maxis, para pelanggan talian mudah alih daripada kedua-dua pelanggan syarikat berkenaan boleh membuat bayaran zakat fitrah melalui SMS. Bayarannya akan dikreditkan terus ke akaun pembayar zakat (pasca bayar) atau dipotong terus daripada akaun prabayar (pre-paid) mereka.
Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.

1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. MAXIS : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya

Kadar fitrah bagi Negeri Selangor pada tahun ini ialah RM7.00 seorang.
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :
1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya
 http://asmawati.com

0 comments:

Post a Comment

Link exchange

Link exchange Free For All












Support Us..! Copy code below and paste at your blog or website. Sila tukarkan heigh dan width untuk tukarkan saiz banner Info-MyTips, Tq~








”QuranicFoods”