Tuesday, August 14, 2012

Kali ni saya nak berkongsi cara bayar zakat fitrah melalui sms. Memang  ada banyak cara untuk membuat bayaran zakat fitrah tahun 2012 ini, samada secara online ataupun offline. Amil pusat zakat juga ada di pelbagai lokasi terpilih seperti di pusat-pusat membeli-belah dan pasar selain kaunter zakat dibuka setiap hari termasuk hari cuti

Berikut adalah pengumuman yang dibuat oleh pihak Lembaga Zakat Selangor tentang cara bayar zakat fitrah melalui sms.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) meneruskan komitmen pembayaran zakat fitrah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan kerjasama syarikat telekomunikasi Celcom dan Maxis.
Pembayaran zakat melalui SMS ini telah bermula sejak Ramadan tahun 2008 (1429H) lagi. Penggunaan SMS telah dibenarkan mengikut keputusan fatwa berhubung cadangan pembayaran zakat fitrah melalui pembayaran elektronik; Pembayaran zakat fitrah melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Pra Bayar dan Pasca Bayar dan Pembayaran Zakat Melalui Internet, Mesin ATM dan Mesin E-Debit.
Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke 4/2008 yang bersidang pada 27 Ogos 2008 telah memutuskan bahawa :
HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui SMS sama ada secara prabayar atau pasca bayar.
HARUS menggunakan kaedah pembayaran zakat fitrah melalui internet, mesin ATM dan mesin e-debit

• Pihak ejen kutipan zakat (telekomunikasi) hendaklah mendahulukan bayaran zakat yang telah dibayar melalui pasca bayar sebagai jaminan bayaran yang telah diterima.
• Pihak ejen kutipan zakat adalah wakil kepada LZS dan hendaklah menghadkan tempoh masa penggunaan keadah ini bagi mengelakkan pembayaran zakat yang dilakukan melepasi waktu wajib yang ditetapkan.
Keputusan Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Selangor terbaru pada 6hb Januari 2011 boleh di download di FATWA PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI SMS.
Atas inisiatif Lembaga Zakat Selangor dengan kerjasama pihak Celcom dan Maxis, para pelanggan talian mudah alih daripada kedua-dua pelanggan syarikat berkenaan boleh membuat bayaran zakat fitrah melalui SMS. Bayarannya akan dikreditkan terus ke akaun pembayar zakat (pasca bayar) atau dipotong terus daripada akaun prabayar (pre-paid) mereka.
Penggunaan kemudahan ini adalah PERCUMA. Berikut adalah kaedah membuat bayaran menggunakan SMS.

1. CELCOM : Taip FITRAH dan hantar ke 21999 serta ikuti arahan seterusnya
2. MAXIS : Taip *222*3# dan tekan DIAL serta ikuti arahan seterusnya

Kadar fitrah bagi Negeri Selangor pada tahun ini ialah RM7.00 seorang.
Bayaran zakat fitrah juga boleh dibuat untuk tanggungan ataupun sebagai wakil. Resit bayaran zakat melalui SMS ini boleh dimuat turun dari laman berikut :
1. CELCOM di alamat http://mfitrah.celcom.net.my/mfitrah/
2. MAXIS di alamat http://www.maxis.com.my/mzakat/

Pembayaran hendaklah dibuat sebelum 18hb. Ogos 2012. Pembayaran hanya diterima sehingga 29 Ramadan 1433 Hijrah sehingga jam 6.00 petang sahaja untuk mengelakkan talian terlalu sibuk pada malam hari raya
 http://asmawati.com



Ibnu Umar meriwayatkan : "Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadhan kepada setiap orang muslim, samada dia merdeka atau hamba, lelaki mahupun perempuan. Iaitu segantang kurma atau gandum.

Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah Pada Bulan Ramadhan

Wajib - Mulai terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya
Paling Afdhal - Sebelum solat sunat hari raya Aidilfitri
Sunat - Sepanjang bulan Ramadhan
Makruh - Selepas solat sunat hari raya Aidilfitri sehingga terbenam matahari 1 Syawal
Haram - Selepas terbenam matahari 1 Syawal

Kadar Zakat Fitrah adalah bersamaan satu gantang beras iaitu bersamaan 2.3 kilogram atau sesuatu yang sama nilai dengannya.

Zakat fitrah juga dikenali sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadhan dan zakat Idul Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadhan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri

Edit dari: http://amry85.blogspot.com

*Pesanan www.EmasMaster.com = Jangan lupa bayar zakat emas sama yer bagi yang cukup Haul dan Nisab (berat 85g disimpan cukup setahun) view More http://emasmaster.com/index.php/2011/04/02/zakat-emas-mengikut-negeri-zakat-emas/

Sunday, August 12, 2012

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan buat semua muslim didoakan kita bertambah kaya berjaya dan bahagia dengan dana-dana kebaikan untuk akhirat..

Salam Emas buat semua.
Hari ini kita lihat sikit berita sedih buat pelabur emas ini.. apa agaknya?

tak lain dan tak bukan adalah penipuan yang dilakukan dengan menggunakan emas. bermacam-macam cerita.

ada skim saham emas sampai bermacam-macam jenis seperti apa yang dikeluarkan oleh bank negara malaysia http://emasmaster.com/index.php/2012/08/02/1228/

Selain itu pelbagai berita pernah dimuatkan di web www.emasmaster.com ini dan web-web lainnya seperti kisah "Pelabur emas berputih mata" Harian Metro dan pelbagai lagi.

Kali ini admin emasmaster ingin menunjukkan bukti terbaru dalam penipuan berkaitan emas ini.

Jom lihat sendiri bagaimana peniapuan ini dilakukan :

1- Penipu menggunakan Jenama Antarabangsa yang popular seperti PAMP SUISSE LADY FORTUNA GOLD BAR dan lain2

2- Siap ada certificate dan siap ada sign Assayer tu. Tp Ciplak sahaja

3- Ada yang begerak secara freelancer atau tanpa syarikat yang dikenali

4- Harga sudah semestinya boleh murah dari harga pasaran

dan macam-macam lagi lah..
tengok nie

Disarankan anda membeli dengan wakil-wakil syarikat yang sah agar kebarangkalian ditipu dapat diminimumkan

berikut pesan Pengasas GCP




untuk mudah.. contact aja admin www.emasmaster.com atau mana-mana team kami (lihat di kanan bawah)



atau sms/call 017-575 0810


*Lokasi Penajaan Seluruh Malaysia
Authorised Dealer GCP dan Public Gold

sumber : http://emasmaster.com/index.php/2012/08/13/penipuan-emas-gold-bar-palsu-perlu-berhati-hati/







Peluang Keemasan




-Tak Perlu Beli Stok


-Tak Perlu Belian Maintain


-Komisyen Tinggi


-Masa kerja Fleksible


-Pelbagai Bonus/ Insentif