Seperti yang diberitahu dalam pengumuman Tarikh Semakan Program Matrikulasi Sesi 2010/2011, para pemohon boleh mula membuat semakan mulai hari ini, 8 Februari sehingga 19 Februari 2010.
Semakan ini terbuka kepada semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.
Proses semakan dan kemaskini boleh dilakukan di laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran, Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.
Untuk membuat semakan dan kemaskini, pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM sebelum membuat pindaan dan pembetulan.
Ini bagi memberi peluang kepada pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 8 Februari sehingga 19 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.
2 comments:
Ayuh!! cepat jangan terlambat
MACAM MANA KALAU MAU APPLY DIPLOMA.... LEPASAN MATRIK
Post a Comment