- Program Satu Tahun (PST)
Program ini dilaksanakan mulai pengambilan sesi 1998/1999 untuk tiga semester. Namun, mulai sesi 2001/2002, sesi pengajian PST telah dipendekkan kepada dua semester.
Program ini merupakan program persediaan khususnya bagi pelajar bumiputera untuk melayakkan mereka mengikuti kursus-kursus tertentu di peringkat ijazah pertama dalam bidang sains, teknologi, perakaunan dan teknikal di institusi pengajian tinggi di dalam dan luar negara. Penyusunan kursus pengajian mengambil kira pengetahuan asas pelajar yang diterima masuk dan keperluan bidang-bidang tertentu pada peringkat ijazah pertama.----------------------------------------------------------
- Program Dua Tahun (PDT)
Program yang telah diperkenalkan mulai pada sesi 2006/2007 dikhaskan kepada pelajar aliran sains sahaja. Pelajar program ini disyaratkan untuk mengikuti Program Matrikulasi selama empat semester.
Program yang dikhususkan bagi pelajar bumiputera aliran sains ini, menyediakan pelajar dengan memantapkan asas pengetahuan pelajar dalam bidang sains bagi tahun pertama. Aliran yang ditawarkan adalah berbentuk modul yang dikenali sebagai Modul I dan Modul II.
Di tahun kedua, pelajar Modul I akan mengikuti kurikulum PST dalam Aliran Sains Hayat dan pelajar Modul II pula akan mengikuti kurikulum PST dalam Aliran Sains Fizikal.
----------------------------------------------------------------
- Program Teknikal
---------------------------------------------------------------------
- Jurusan dan Aliran
Program Matrikulasi telah menawarkan dua jurusan utama iaitu Jurusan Perakaunan dan Jurusan Sains.
Jurusan Perakaunan menawarkan hanya satu aliran sahaja manakala Jurusan Sains terbahagi kepada tiga aliran utama seperti berikut:
- Aliran Sains Hayat
- Aliran Sains Fizikal
- Aliran Teknikal
0 comments:
Post a Comment