• Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
(i) Warganegara
Malaysia
(ii) Lelaki
atau perempuan yang menjadi ketua
kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan
kasar
bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
(iii) Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan
jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
(iv) Bujang yang berumur
21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan
ke bawah
• Sila kemukakan salinan:
(i) MyKad bagi pemohon; dan
(ii) MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
• Semakan kelayakan dengan
agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian
Kewangan Malaysia.
• Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
**NOTA
1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.
2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.
Bagi pindaan Status Perkahwinan atau
Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan
ke Cawangan LHDNM yang
berhampiran.
Borang BRIM bagi yang layak.. BR1M
--->>>https://ebr1m.hasil.gov.my/
Download Borang : https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/Borang%20Permohonan%20BR1M%202014.pdf
- INFO-MyTips LAMAN INFORMASI ANDA, Segala Yang anda cari pasti ada di sini.. Kerja Kosong, Jawatang Kosong Kerajaan dan Swasta, Info Pendidikan Pinjaman JPA Semakan UPU MARA JPA IPTA IPTS Panduan mencari kerja surat minta kerja panduan online dan macam-macam lagi :)
- Segalanya mudah di www.mudahonline.com mudahonline.com Perniagaan, Iklan, Info, Tips dan pelbagai lagi di www.mudahonline.com easy bussines murah mudah online murahonline mudahonline online
- Balliq-Ilm al-Qiraat dan al-Quran, Ilmu Tajwid, Info Islami dan Pelbagai Lagi
- Emas adalah penyimpan nilai terbaik.. pelaburan pasif yang sangat menguntungkan jom sertai kami Hari ini..
- New Latest Youtube free Video Download no Sex Adult, New Latest Youtube free Video Download no Sex Adult Clips seks Porn, Video lawak, Video Resepi macam macam ada..
- Welcome to MudahOnline.com Store Ahlan wa sahlan.. Welcome to my store! Baju Raya, Tusung, Tudung Meja, Minyak Zaitun Asli [SYIRIA] Product HPA, Product Nona Roguy..
- PAKEJ SERENDAH RM30 PANTAS, MUDAH dan KEUNTUNGAN TINGGI Anda berminat menjual Topup Prabayar Dari Serendah RM3.00 atau menjadi Dealer SKA Mobile ? Topup 7 jenis produk, perolehi keuntungan jualan tertinggi sehingga 10 Peratus. Keuntungan jualan dibayar terus ke modal reload anda.
Monday, December 23, 2013
Tuesday, December 17, 2013
Info dan Maklumat BR1M 2014
Posted by
Dr Mudah
at
5:50 PM
Harap maklum bahawa BR1M 2014 akan bermula pada 23 Dis 2013 dan berakhir pada 31 Jan 2014.
Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui website LHDN www.hasil.gov.my atau hadir ke mana-mana pejabat LHDN yang berhampiran.
Pembayaran BR1M yang diluluskan akan mula dibayar pada Februari 2014. Sebarang pertanyaan sila hubungi Talian Hotline BR1M 1-800-88-2716.
Boleh juga layari: www.br1m3.com untuk terma dan syarat.
Borang BRIM bagi yang layak.. BR1M --->>>https://ebr1m.hasil.gov.my/ huhuhu admin tak layak
-
SOALAN LAZIM : KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
Posted by
Dr Mudah
at
5:35 PM
SOALAN LAZIM : KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)
A. PENGAMBILAN & PENEMPATAN PELAJAR
S1. Berapa kalikah pengambilan pelajar dibuat setahun?
J1. 2 kali setahun iaitu pengambilan sesi Januari dan sesi Julai.
S2. Bilakah saya boleh menyemak status permohonan saya sama ada Berjaya atau gagal?
J2. Dua (2) hingga Tiga (3) minggu selepas tarikh permohonan ditutup.
S3. Bolehkah saya mendaftar sedangkan saya tidak mengesahkan
penerimaan tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki
dalam surat tawaran.
J3. Tidak boleh.
B. PENDAFTARAN PELAJAR BARU
S1. Bolehkah saya tidak mengikuti program orientasi untuk pelajar-pelajar baru?
J1. Tidak boleh. Orientasi untuk pelajar-pelajar baru adalah wajib.
S2. Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan?
J2. Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan batal sekiranya anda tidak menepati syarat kemasukan ke KPM. Anda akan dihalang mendaftar semasa melapor diri.
S3. Saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya mendaftar?
J3. Boleh. Tetapi anda perlu menyempurnakan pemeriksaan ini dalam masa Dua (2) minggu dari tarikh pendaftaran. Walau bagaimanapun, MARA berhak menarik balik tawaran sekiranya hasil pemeriksaan kesihatan anda didapati tidak sihat.
S4. Apakah kesannya jika saya tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan?
J4. Tawaran akan terbatal.
S5. Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
J5. Pakaian ke kuliah seperti yang dinyatakan dalam panduan pelajar baru.
S6. Bolehkah saya membuat pertukaran program atau kolej setelah melapor diri?
J6. Tidak boleh. Sebarang pertukaran program atau kolej tidak dibenarkan.
S7. Jika saya tidak melapor diri di kolej, adakah wang pengesahan penerimaan tawaran dikembalikan?
J7. Tidak.
C. KEBAJIKAN, KEMUDAHAN DISEDIAKAN
S1. Bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi membiayai pengajian di KPM? J1. Tidak perlu. KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA. Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di KPM S2. Siapakah yang layak menerima elaun pelatih? J2. Semua pelajar yang mematuhi syarat yang berkuatkuasa.
S3. Adakah saya layak tinggal di asrama?
J3. Ya. Semua pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama. Semua pelajar tahun 1 (semester 1 & 2 ) diberi kemudahan tinggal di asrama. Lain-lain pelajar bergantung kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan.
S4. Adakah makan minum pelajar disediakan oleh kolej?
J4. Tidak. Walau bagaimanapun, terdapat kemudahan kafeteria di setiap kolej.
S5. Siapakah yang akan membayar sewa penginapan pelajar yang tinggal di luar asrama?
J5. Sewa penginapan adalah tanggungan pelajar.
S6. Adakah pelajar baru boleh membawa kenderaan sendiri?
J6. Tidak boleh.
D. PROGRAM PENGAJIAN
S1. Ke manakah halatuju pelajar yang tamat pengajian?
J1. Pelajar boleh menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS.
S2. Adakah kesemua program pengajian di KPM mendapat pengiktirafan JPA?
J2. Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat akreditasi MQA dan pengiktirafan JPA. Kursus-kursus baru adalah dalam proses untuk mendapatkannya.
S3. Sekiranya saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah,
di IPTA/IPTS, adakah IPTA/IPTS ini memberi pemindahan kredit?
J3. Bergantung kepada IPTA/IPTS serta program ijazah yang diikuti dan juga gred subjek berkaitan yang diperolehi semasa di KPM.
S4. Adakah pihak MARA akan memberi kemudahan pinjaman bagi mengikuti pengajian di peringkat ijazah di IPTA / IPTS?
J4. *Tertakluk kepada kursus serta syarat yang ditentukan oleh MARA iaitu di institusi seperti berikut:
*Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada
pindaan dari semasa ke semasa yang boleh diperolehi dari Bahgian
Penganjuran Pelajaran MARA.
S5. Adakah pelajar KPM dikehendaki menjalani latihan industri?
J5. Latihan industri diwajibkan bagi semua program di peringkat Diploma sahaja
S6. Apakah yang dimaksudkan dengan Program Intensif Persediaan (PIP)?
J6. PIP adalah program jangka pendek (5 bulan) untuk pelajar-pelajar yang tidak memenuhi kelayakan akademik untuk mengikuti program Diploma dan Higher National Diploma (HND).
SOALAN LAZIM – GMI
SOALAN LAZIM - KKTM
SYARAT KEMASUKAN
i. Konsep Pengajian Sepanjang Hayat
ii. Program Persediaan
Bagi program Sijil tempoh pengajian adalah selama 2 (4 semester) – 3
tahun (6 semester) bergantung kepada kursus. Bagi program Diploma
tempoh pengajian adalah selama 3 tahun (6 semester).
http://online.mara.gov.my/ikmonline/
a) Yuran yang dikenakan hanyalah yuran pendaftaran
b) Yuran pengajian bagi sepanjang tempoh pengajian adalah percuma.
Pendapatan bercukai ibubapa kurang daripada RM40,000 setahun
FAQ
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
Semakan permohonan boleh dibuat sebulan selepas tarikh
permohonan melalui laman web ataupun hubungi terus ke kampus pilihan
pertama.
Sekiranya permohonan anda tidak berjaya, rayuan hanya boleh
dibuat sekiranya masih ada kekosongan tempat untuk program yang dimohon
itu dan juga memenuhi syarat kemasukan yang ditetapkan. Rayuan boleh
dibuat terus ke kampus program yang dimohon.
Sekiranya anda telah ditawarkan dan ingin membuat pertukaran
program yang telah ditawarkan itu, ia perlulah memohon secara bertulis
ke Bahagian Hal Ehwal Akademik, Chancellery sebelum hari pendaftaran.
Permohonan akan dipertimbangkan sekiranya masih ada kekosongan untuk
program yang dimohon itu dan juga memenuhi syarat akademik program yang
dimohon.
Surat tawaran akan diposkan kepada pihak anda sekiranya
permohonan anda berjaya. Dan sekiranya anda tidak menerima surat tawaran
sehingga hari pendaftaran, anda boleh mencetak surat tawaran daripada
laman web dan ia boleh digunapakai semasa hari pendaftaran. Surat
tawaran yang sebenar akan diberikan selepas hari pendaftaran. Sila
hubungi pihak kampus yang menawarkan untuk pengesahan tawaran.
Permohonan penangguhan kemasukan boleh dibuat secara bertulis
ke kampus yang menawarkan program. Penangguhan hanya boleh dibuat
setelah bayaran yuran penerimaan tawaran (RM250) telah dijelaskan.
SOALAN LAZIM : KOLEJ POLY-TECH MARA
A. PENGAMBILAN & PENEMPATAN PELAJAR
S1. Berapa kalikah pengambilan pelajar dibuat setahun? J1. Dua 2 (kali) setahun iaitu pengambilan sesi Disember/Januari dan sesi Julai
S2. Bagaimanakah cara untuk memohon ke KPTM?
J2. Pemohon boleh memohon melalui 3 cara :
S3. Apakah bidang yang ditawarkan oleh KPTM?
J3. KPTM menawarkan bidang :
• Hospitaliti dan Pelancongan • Komunikasi dan Bahasa • Sains Komputer dan Teknologi Maklumat • Sains dan Sains Kesihatan • Kejuruteraan
S4. Apakah syarat kelayakan untuk mengikuti pengajian di KPTM?
J4. Syarat kelayakan dan maklumat program, boleh diperolehi di laman web rasmi KPTM di www.kptm.edu.my
* Syarat-syarat dan maklumat program yang ditawarkan adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.
S5. Bilakah saya boleh menyemak status permohonan saya sama ada berjaya atau gagal? J5. 1 hingga 2 minggu selepas tarikh permohonan ditutup.
S6. Bolehkah saya mendaftar sedangkan saya tidak mengesahkan
penerimaan tawaran pada tarikh yang ditetapkan seperti yang dikehendaki
dalam surat tawaran?
J6. Tidak boleh.
B. PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
S1. Bolehkah saya tidak mengikuti program orientasi untuk pelajar-pelajar baru?
J1. Tidak boleh. Orientasi untuk pelajar-pelajar baru adalah wajib.
S2. Bolehkah saya mendaftar jika kelayakan sebenar saya tidak memenuhi syarat kemasukan?
J2. Tidak boleh. Tawaran dengan sendirinya akan terbatal sekiranya anda tidak menepati syarat kemasukan ke KPTM. S3. Saya belum menjalani pemeriksaan kesihatan. Bolehkah saya mendaftar? J3. Boleh. Tetapi anda perlu menyempurnakan pemeriksaan ini dalam masa 2 minggu dari tarikh pendaftaran. Walau bagaimanapun Pihak KPTM berhak menarik balik tawaran sekiranya hasil pemeriksaan kesihatan anda didapati tidak sihat.
S4. Apakah kesannya jika saya tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang telah ditetapkan?
J4. Tawaran akan terbatal.
S5. Apakah pakaian yang sesuai semasa pendaftaran?
J5. Pakaian ke kuliah seperti yang dinyatakan dalam buku panduan pelajar baharu.
S6. Bolehkah saya membuat pertukaran program atau kolej setelah melapor diri?
J6. Boleh. Walau bagaimanapun bergantung kepada syarat kelayakan untuk program tersebut dan kekosongan tempat serta atas kelulusan pihak kolej.
S7. Jika saya tidak melapor diri di kolej, adakah wang pengesahan penerimaan tawaran dikembalikan?
J7. Tidak.
C. KEBAJIKAN, KEMUDAHAN DISEDIAKAN
S1. Bolehkah saya memohon pinjaman MARA bagi membiayai pengajian di KPTM? J1. Boleh. Bergantung kepada kursus serta syarat yang telah ditetapkan oleh pihak MARA. Ia juga bergantung kepada kelulusan oleh pihak MARA. * Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari masa kesemasa yang boleh diperolehi dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA. S2. Bagaimana jika saya tidak memenuhi syarat kelayakan untuk Pinjaman MARA? J2. Pelajar boleh memohon pinjaman dari pihak lain seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
S3. Adakah saya layak tinggal di asrama?
J3. Ya. Semua pelajar baru diwajibkan tinggal di asrama. Semua pelajar tahun 1 (semester 1 &2) diberi kemudahan tinggal di asrama. Lain-lain pelajar bergantung kepada kekosongan dan syarat yang ditetapkan.
S4. Adakah penginapan di asrama dikenakan bayaran?
J4. Ya. Sewa penginapan adalah tanggungan pelajar
S5. Adakah makan minum pelajar disediakan oleh kolej?
J5. Tidak. Walau bagaimanapun, terdapat kemudahan kafeteria di setiap kolej.
S6. Adakah pelajar baru boleh membawa kenderaan sendiri?
J6. Boleh. Namun begitu perlu mendapat kelulusan pihak kolej untuk penggunaan di dalam kampus. D. PROGRAM PENGAJIAN
S1. Kemanakah halatuju pelajar yang tamat pengajian?
J1. Pelajar boleh memohon pekerjaan di sektor awam dan swasta. Pelajar juga boleh menyambung pengajian ke IPTA dan IPTS.
S2. Adakah kesemua program pengajian di KPTM mendapat pengiktirafan JPA?
J2. Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat akreditasi MQA dan pengiktirafan JPA. Kursus-kursus baru adalah dalam proses untuk mendapatkannya.
S3. Sekiranya saya menyambung pengajian ke peringkat ijazah, di
IPTA/IPTS, adakah IPTA/IPTS tersebut akan memberi pemindahan kredit?
J3. Bergantung kepada IPTA/IPTS serta program ijazah yang diikuti dan juga gred subjek berkaitan yang diperolehi semasa di KPTM.
|
Panduan Permohonan Pinjaman MARA Online
Posted by
Dr Mudah
at
5:32 PM
Syarat Utama Permohonan :
Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berketurunan
Melayu / Bumiputera Sabah / Sarawak dan warganegara Malaysia
.
Pemohon belum mempunyai kelayakan akademik setaraf dengan pengajian yang dipohon.
Belum mendapat bantuan kewangan / tajaan dari mana mana agensi bagi pengajian diperingkat yang sama.
Ibu/ Bapa / Penjaga pelajar bebasdaripada senarai hitam
atau tindakan undang-undang MARA
Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana - mana penaja atas sebabtindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana institusi pengajian atas masalah akademik / displin bagi pengajian diperingkat yang sama.
secara lanjut boleh muat turun PDF : Panduan Permohonan Pinjaman MARA Online
Monday, December 16, 2013
Siapa Siti Hajar Binti Ahmad Sabir : Inilah Kisahnya
Posted by
Dr Mudah
at
11:53 PM
dalam kenangan |
Beliau adalah Mujahidah yang bergiat aktif dalam medan dakwah.. semasa akhir hayat beliau.. beliau sangat redha dan sentiasa ber'husnu dzon' dgn apa yang berlaku pada dirinya..
Pelbagai "kelebihan dunia Husnul Khatimah' diperlihat melalui beliau.. antaranya :
"Arwah turut beberapa kali memberikan petanda akan meninggalkan mereka sekeluarga seperti terhidu bau wangi dan mendengar seruan seakan-akan memanggil namanya."
http://www.hmetro.com.my/articles/TERHIDUBAUWANGI/Article/
Wawancara Keluarganya : http://apahell.blogspot.com/2013/01/berita-wawancara-daripada-keluarga-siti.html
Ringkasan Kisahnya :
Seorang pelajar yang bernama Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang
berusia 20 tahun telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada 6
Januari yang lalu. Siti Hajar merupakan seorang pelajar di UTEM. Dan dia
telah kembali menemui penciptanya pada tanggal 20 Januari.
Semasa tengah surf pakcik google, puteri terjumpa satu laman blog yang menceritakan Rentetan Pengalaman Di Hari-hari Terakhir Siti Hajar Binti Ahmad Sabir. Kisah tersebut diceritakan sendiri oleh ibu kepada arwah Siti Hajar. Memang sebak hati puteri tatkala membacanya.Walaupun puteri tidak pernah kenal siapa diri arwah, namun bila membaca rentetan pengalaman yang dilalui arwah Siti Hajar membuatkan puteri terasa betapa kerdilnya diri puteri di dunia ini. Malah puteri sendiri tertanya-tanya, adakah diri ini telah bersedia untuk pergi menemui pencipta andai masa telah tiba nanti.
Doa puteri semoga arwah tenang disana. Takziah dari puteri untuk keluarga arwah Siti Hajar. Ternyata keredhaan dan keihklasan hati arwah Siti Hajar membuatkannya cekal untuk melalui hari-hari terakhir dalam hidupnya.
p/s Hari esok belum pasti. Perbaiki diri selagi diberi peluang hidup di dunia ini.
* http://www.puterikasih.com/2013/01/siapakah-siti-hajar/
RENTETAN PENGALAMAN DI HARI HARI TERAKHIR SITI HAJAR BINTI AHMAD SABIR
Bersama saya,
Nadia Mujahidah
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, segala puji-pujian dirafakkan kehadrat Allah swt. Blog
yang telah lama saya tidak update akhirnya diminta isi dengan suatu
hikmah yang besar dari seorang mujahidah yang telah pergi ke alam sana.
Hasil penulisan ini sesungguhnya ditulis oleh ibunya yang tercinta, Pn
Nuraini Binti Che Mat, ibu kepada almarhumah Siti Hajar Binti Ahmad
Sabir (alfatihah). Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari
perkongsian ini. Selamat membaca.
_________________________________________________________________________________
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Suatu hikmah yang besar dari Siti Hajar
Binti Ahmad Sabir, seorang Mujahidah yang telah kembali ke alam sana.
Alhamdulilah arwah adalah insan solehah yang terpilih, keperibadian
beliau amat dikagumi dan harus ditauladani.. mudah-mudahan bukan saja
terpilih di muka bumi malah di sana juga akan memperolehi tempat
istimewa….
Al-Fatihah….
.
Siti Hajar binti Ahmad Sabir, 20, pelajar
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) bertarung nyawa selama dua
minggu di Hospital Melaka selepas terbabit dalam kemalangan pada 6
Januari lalu. Kereta Perodua Myvi yang dinaiki arwah bersama tiga rakan
sekuliahnya terbabas di Solok Duku, Masjid Tanah ketika dalam perjalanan
pulang ke UTeM dari rumah datuknya, Ab Jamal Kudus, 68, di Lubuk China.
Kemalangan itu mengakibatkan Siti Hajar
patah kaki kiri dan berisiko lumpuh selepas tulang belakangnya retak dan
saraf tunjangnya cedera.
.
Sepanjang dirawat di hospital, Siti Hajar
yang juga anak sulung daripada tujuh beradik tidak pernah menyesali
nasib menimpanya, sebaliknya menganggap setiap yang berlaku sebagai
nikmat daripada Allah SWT.
Arwah sendiri mahu pengalamannya yang
menerima bantuan Allah sepanjang terlantar di hospital dikongsi bersama
orang lain kerana baginya itu dakwah terakhir yang dapat disampaikan
sebelum meninggal dunia.
‘Dari Allah ia datang, dari Allah jua ia kembali…’
.
Takziah buat keluarga Siti Hajar Ahmad
Sabir.. dan terima kasih kerana berkongsi kisah ini.. Catatan di bawah
sesungguhnya telah ditulis oleh Puan Noraini Che Mat, 46 tahun, ibu
tercinta kepada al marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir.
.
Semoga kita memperoleh manfaat yang besar dari perkongsian ini. Selamat membaca.
.
.
6 Jan 2013 (Ahad)
Kami dapat panggilan telefon mengatakan
Hajar kemalangan. Segera bergegas ke Hospital Besar Melaka. Ramai
pelajar UTEM sedia menunggu berita kemalangan itu.
.
7 Jan 2013 (Isnin)
Hajar dimasukkan ke wad ICU Mawar.
Pegawai HEPA UTEM mula membuat lawatan.Doktor mencadangkan pembedahan
segera dilakukan. Masalah kewangan mula berbangkit, wang kami tidak
mencukupi’
.
8 Jan 2013 (Selasa)
Gerakan mengumpul derma utk pembedahan
Hajar berjalan lancar. Pembedahan dilakukan pada pukul 1 tengahari.
Pukul 6 ptg, pembedahan selesai.
.
9 Jan 2013 (Rabu)
Kesihatan Hajar baik sebelah pagi tapi
merosot sedikit menjelang petang. Tekanan darah mula turun, lalu ubat
untuk menaikkan tekanan darah segera diberikan. Muka dan badan mula
sembab sebab dah 2 hari hanya drip air tanpa makanan. Sebelah petang,
susu disalurkan ke perutnya melalui tiub. Walaupun tulang belakang telah
di betulkan kedudukannya, saraf tunjang tetap telah tercedera dan kita
menunggu dan berharap kekuasaan Allah Ke atas Hajar berkat doa semua
sahabat di dalam dan di luar negara.
.
10 Jan 2013 (Khamis)
Selepas Subuh tadi, kami lawat dia dan bacakan ayat2 suci dan syifa’.
Dia tenang je.Kami berbual. Memang dia tak gelak tapi matanya lebih
bermaya. Kami ceritakan tentang kawan2 yang datang, yang berkirim salam
dan sebagainya. Memang dia tak dapat lawan bergurau, ketawa besar macam
biasa tapi dia dengar kami tu pun dah cukup. Langsung tak tunjuk airmata
pada dia. Kami usap tangannya, usap pipi dan dahi berkali2 dan bercakap
dengan nada yang ceria juga. Tak boleh nak pandang dia dengan mata
sayu, cakap dengan suara sebak..tak boleh. Kalau kita positif, kita
ceria, aura kita berpindah kepadanya.
Ramai yang bersimpati dengannya lalu
mencadangkan pelbagai bentuk rawatan pemulihan. Ada yang mencadangkan
pergi kepada sekian-sekian dukun patah jika Hajar telah keluar dari
Hospital nanti. Ada juga peniaga air yang menawarkan sebotol air pada
harga RM25, dan menjanjikan penyembuhan dalam 10 minit sahaja. Hajar
senyum . Pesannya, dia tidak mahu apa-apa rawatan yang menggunakan
perantaraan jin dan hanya mahukan perubatan Islam. Dia rela lumpuh
seumur hidup atau sanggup mati, asalkan tidak mensyirikkan Allah.
.
11 Jan 2013 (Jumaat)
Doktor dah benarkan makan bubur. Kami
sudukan dengan sup ayam, sup sayur, ikan dan buah2an. Minum air zam zam
pakai straw. Memang haus betul dia. Berkat air terbaik di atas mukabumi,
dia segera nampak bertenaga. Menitis airmata sahabat2 melihat dia telah
makan. Berebut2 mereka nak tolong layan Hajar. Suasana ceria
berlanjutan dengan cerita2 lucu mereka.
Solat Hajat
dilakukan di merata tempat dari sebelah malam hingga ke siangnya. UTeM
sendiri menganjurkan solat hajat di Masjid, melibatkan kerjasama BADAR
dan Majlis Perwakilan Pelajar .
Lawatan Naib Canselor, memberikan
suntikan semangat luar biasa kepada Hajar. Dia ingin sembuh. Dia ingin
kembali belajar. Dan dia dijanjikan pelbagai kemudahan pembelajaran jika
dia sihat dan masih berminat menuntut ilmu.
Sedikit jangkitan kuman mula dikesan di paru-paru menyebabkan pernafasannya tidak stabil.
.
12 Jan 2013 (Sabtu)
Doa dan kata-kata peransang tak henti2
masuk ke telefon untuk memberi semangat kepada Hajar. Kami perlu kuatkan
pernafasannya. Latihan pernafasan mula diberikan supaya oksigen banyak
masuk ke badan dan dia dapat melawan kuman2 yang datang menyerang.
Hasilnya, kedua dua tangan dah boleh diangkat tinggi. Selepas ini, kami
nak teruskan dengan latihan menggenggam. Semua ini menyakitkan, kerana
itu motivasi dari sahabat2 amat diperlukan. Peranan saya sebagai ibu
adalah untuk mengukuhkan keimanannya dan meletakkan pergantungan harapan sepenuhnya pada Allah.
Sebelah petangnya, Hajar di keluarkan dari ICU Mawar dan diletakkan di wad D3.
.
13 Jan 2013 (Ahad)
Akhirnya berbekalkan sedikit kekuatan
yang diberi oleh Allah, saya terangkan situasi sebenar, kesan kemalangan
itu kepada Hajar. The whole truth. Dan sebagai hambanya yang patuh, dia
Redha dengan apa saja Qada dan QadarNYA.
Pendapat doktor itu berdasarkan pengetahuan manusia. Yang mana ia hanya
ibarat setitik air di lautan yang luas. Terlalu kecil kemampuan manusia
berbanding dengan kekuasaan Allah itu sendiri. Baginya hidup mesti
diteruskan, ada banyak lagi nikmat tuhan yang sedang dinikmatinya. NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN?
Setiap hari Allah menuntut perjanjian
kita dengannya sebelum kita dilahirkan. Iaitu untuk mengakui DIA itulah
tuhan kita yang layak disembah. Dia yang maha berkuasa, yang memiliki
segala2nya. Sedang kita inilah si fakir yang tak punya apa2…dan sentiasa
meminta2 darinya. Kalau dah lidah kita mengakui Allah itu maha
berkuasa, maka ikrarkan pula dihati..yang DIA mampu mengubah nasib Hajar
lantas menyembuhkannya sekalipun.
Tiada rahsia lagi. Dia dah tahu dirinya
lumpuh sementara. Dah tahu situasi tulang belakangnya, saraf tunjangnya
yang cedera dan juga pembedahan yang telah dilaluinya. Tanpa setitik
airmata, tanpa keluhan, tanpa menyesali nasib, tanpa mematahkan
semangatnya untuk terus hidup, katanya kalau mak dan ayah boleh redha,
dia juga akan redha. Banyak lagi tanggungjawab untuk digalas, ramai lagi
diluar sana yang perlukan bimbingan dan kerana Allah masih
selamatkannya, dia akan bersyukur. Pasti ada hikmahnya.
Malam itu, sedang saya membacakan ayat-ayat suci kepadanya, dia kata
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
“Mak dengar tak tu? Suara seruan tu?”
Saya terdengar seruan bersahut-sahutan dua atau tiga kali dari arah yang tak pasti.
“Orang azan kot” tingkah saya.
Dia jawab “mana pulak, azan mana ada SUBHANALLAH.. orang tu sebut SUBHANALLAH berkali2. Akak dengar, Cuba tengok jam, bukan masa azan, kan?.”akuinya penuh jujur.
Saya rasa berdebar, “Selalu ke akak dengar?”
“Selalu gak, entah siapa lah yang jerit tu gaknya…” jawabnya naif’
.
14 Jan 2013 (Isnin)
Sebelah siang Hajar demam. Batuk2 Kecil,
Menjelang maghrib, cuaca sejuk, batuk makin memberat. Demam semakin
tinggi mencecah 39C. Selsema, kahak tersumbat di saluran kerongkong dan
belakang hidung. Hajar semakin lemah. Apabila pernafasan tersekat,Hajar
menggelepar mencari nafas. Doktor segera bertindak bila kami menjerit
meminta bantuan kecemasan diberikan dengan menyedut kahak menggunakan
mesin penyedut. Tiup dimasukkan ke saluran kerongkong dan saluran
hidung. Prosedur yang menyakitkan dan tidak selesa. Tapi masih tak
banyak membantu, selsema mengalir lagi, dan kesejukan malam menyebabkan
hidung tersumbat semula. Kami disuruh keluar semasa bantuan kecemasan
itu. Keadaan agak membimbangkan. Kami berdua berusaha menolong dengan membacakan ayat2 suci dan zikir2.
Menjelang tengah malam barulah dia bernafas selesa dan tidak mencungap
cungap lagi. Keletihan yg teramat sangat..tetapi bersyukur terselamat dr
situasi bahaya. Stabil.
Bila dah tenang, Hajar bercerita semula, semasa doktor membantunya dan kami memohon bantuan Allah,
pertolongan tersebut telah datang. Bagaimana? Secara tiba2 dia sendawa
berkali kali. Dan setiap kali angin sendawa itu keluar, terasa hidung yg
tersumbat tidak tersumbat lagi dan dia boleh bernafas dgn selesa.
Kemudian, dia terasa mukanya dipercikkan air 3 kali. Air
yang sgt sejuk dan selesa. Dia yang sedang demam panas dan terasa muka
berbahang, tetiba rasa sangat selesa dan demam mula menurun.
SUBHANALLAH.
Hari dah jauh malam, suami saya nak pulang menjaga anak2 yang lain di rumah. Suami beritahu Hajar, dengan cepat dia jawab “Ayah percaya Allah tak?”jawab suami ”Percaya”.
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan “kenapa senyum?”
Dia jawab…“Ada bau wangi sangat”.
“Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Tambah Hajar lagi, “Kalau percaya pada Allah, ayah baliklah..Allah ada jaga akak kat sini.”
Sesekali dia tersenyum manis.
Kami tanyakan “kenapa senyum?”
Dia jawab…“Ada bau wangi sangat”.
“Selalu ke akak terbau macam tu?”
Jawabnya, “Kadang2 aje, kadang2 masa nurse datang, kadang2 waktu sahabat ziarah”
Hati kami mula rasa sesuatu. Suami saya
tak jadi balik. Kami berdua tertidur kepenatan menemani dia malam tu.
Dipihak dia pula, terasa sangat aman dan damai.
Malam yg sejuk dirasakan nyaman. Langsung tak rasa lapar dan dahaga.
Menurutnya, sepanjang malam, dia memerhatikan kami berdua tidur dan mensyukuri apa saja nikmat yang sedang dinikmatinya.
.
15 Jan 2013 (Selasa)
Sebelah pagi Hajar masih tak bermaya.
Semakin naik matahari, hidung semakin kurang tersumbat dan kesihatan
mula beransur baik. Perjuangan untuk hidup diteruskan lagi. Bila demam
berkurangan, Hajar akan kembali ceria, makannya akan berselera, makan
pudding, bubur, sup ayam dan buah2an.. Rakan2 pun gembira melayan
kerenah dia. Bila dia sebut teringin makan pisang…tetiba ada saja tetamu
yang bawakan. Dia duduk tapi kepalanya agak senget – masih tak boleh
kawal gerakan kepala. Spontan dia kata, “Kalau ade bantal kecil, boleh
letak kat leher” lalu Allah perkenankan hajatnya. Bantal yang diidamkan dibawa oleh sahabat yang prihatin pada hari yang sama hajatnya diutarakan. (KUN FAYAKUN)
Tekak Hajar masih terasa sakit – perit.
Mungkin sebab guna tiub penyedut kahak sebelumnya. Jadi ubat demamnya
perlu dihancurkan dan dijadikan larutan. Saya bancuhkan paracetamol
dengan sedikit air zam zam. “Akak, ingat ye, ubat ni alat je, Allah yang menyembuhkan”
Dia angguk. Ubat di sudukan ke mulutnya. Pahit. Kecil matanya. Segera
saya berikan air zam zam untuk diminum. Lepas itu dia tanya, “Air ape tadi?”. “Ehh..air zam zam lah, mana ade bagi air lain.” Dia senyum lagi. Saya tertanya2. Dia kata “Allah
tolong akak, ubat tu memang pahit, tapi bila minum air zam zam tu, rasa
macam air tu manis, ia basuh semua rasa pahit dilidah akak, Esok mak
cubalah” Macam mana ni….nak percaya tak?
Malamnya, dia kena makan ubat lagi. Tanpa
gentar, dia menelan ubat pahit tu dan tinggalkan sedikit untuk saya.
Nekad untuk menyampaikan dakwah, saya telan baki ubat itu. Memang pahit.
Dan bila air zam zam diminum, rasa pahit itu hilang tak berbekas.
Seperti lumpur di lantai yang tertanggal semuanya bila air disiram
kepadanya.
Kemudian dia mula bertanya bagaimana dia nak solat dalam
keadaannya seperti itu. Saya terkedu. Telefon terus saya capai, meminta
bantuan ilmu dari rakan2 yang lebih arif. Dan seperti dijangka, apa
yang dimintanya, mudah benar utk Allah tunaikan. Ade saja sahabat yang
prihatin dan sudi menolong.
Bila Doktor pelatih datang untuk
mengambil sampel darah, Hajar menangis. “Akak dah lemah, makan pun tak
seberapa, mana nak ada darah banyak. Doktor asyik ambil darah..tangan
doktor tu besar,kematu, tak sensitive. Tangan akak kecil, Sakit tau
ditampar2 tangan akak, dicubit2…dah tak jumpa urat darah tu, tak yah lah
ambil darah. Akak tak nak doktor tu lagi”. Sayu hati mendengar
rintihannya, tapi macamana? Mana boleh pilih2 doktor. Tapi Allah maha mendengar, esoknya doktor lain pula mengambilalih.
.
16 Jan 2013 (Rabu)
Usai solat subuh, saya dapati Hajar
mengadu sakit perut. Macam kembung. Perut mula membengkak dan bergerak2.
Saya sapukan sedikit minyak angin dan bacakan rukyah. Dia terasa nak
muntah. Ya memang.. dia betul betul muntah. Berlambak2 muntah air hijau
keluar dari mulutnya. Kami beri air zam zam kerana muntah tersebut
memahitkan tekak. Tapi muntah berterusan…lagi…. lagi… dan lagi…”Akak tak nak pelawat hari ni”. Dan tengahari itu, memang takada pelawat yang datang.
Menjelang maghrib, dia suruh ayahnya
solat. Kemudian saya pula disuruh solat. Saya katakan, “nanti siapa nak
tolong bersihkan muntah? Mak solat lewat sikitlah…Dia jawab “Allah ada, Allah boleh bantu akak.”
Terkedu. Saya pun tinggalkn dia untuk solat. Ayahnya pula pergi
menjemput adiknya di Malacca Central. Selesai solat, saya dapati nurse
sedang membersihkan Hajar. Bajunya yg terkena muntah digantikan.
Kemudian dia kata, “Haa..kan betul akak cakap, Allah ada bantu akak. Mak
pergi je, akak muntah, tapi nurse yg sedang rawat makcik kat sebelah tu
ternampak akak muntah dan dia datang bantu.
Sepanjang malam, adik Hajar, Nabilah,
saya dan suami saya hanya menadahkan kain menahan muntah hajar.
Muntah…minum lagi…dan kemudian muntah semula. Bila reda sedikit, kami
mula berbicara. “Akak, Nampak gayanya macam perut akak dah tak terima
lagi air yang kami beri. Mungkin rezeki minuman akak dah habis. Mak bagi
air untuk basah tekak je, tapi untuk menghilangkan dahaga, akak
mohonlah rezeki dari Allah.
Ayahnya pula kata “Akak, kalau akak
dipanjangkan usia, ayah akan belikan computer yg lebih ringan untuk
akak, sesuai dgn kemampuan akak menggunakannya. Tapi kalau usia akak tak
panjang, akak jangan sedih sebab akak akan dapat syahid dunia. Pujuk ayah lagi, “Akak,
bila dajjal keluar nanti, orang2 yang beriman takkan dapat bekalan
makanan sebab tak mahu sembah dajjal. Mereka akan berzikir sahaja, dan
Allah cukupkan rezeki mereka. Mereka tak rasa lapar dan dahaga, Akak
zikirlah ye”. Angguk.
Walaupun perbualan itu amat menyentuh hati, tapi masih tak mampu menggugurkan air matanya. Dia kata”
Kalau mak dan ayah dah redha, takde sebab untuk akak tak redha. Kalau
Allah izinkan akak hidup lagi, walau mcmana pun rupa akak waktu tu, akak
akan berdakwah untuk beritahu orang tentang adanya pertolongan Allah,
besarnya kekuasaan Allah. Mak tulis ye, biar tak lupa . Nanti akak
sendiri yang akan ceritakan. Tapi kalau umur akak tak panjang, emak
ceritakanlah bagi pihak akak”
Untuk adik2nya, dipesankan agar ubah penampilan berpakaian.
Untuk rakan2, dia minta maaf dan memberikan kemaafannya kepada mereka.
Adik2 dipujuk agar pakai jubah2 dan tudung dia yang banyak. Dia turut
beritahu minta digantikan puasanya dan uruskan solat yg tertinggal sepanjang dia berada dihospital tu. Ada beberapa hutang kecilnya minta dilunaskan.
Kami tanya lagi. “ susah ke rasanya nak muntah tu tadi?” Jawabnya, “Taklah, senang je, Allah tolong.” “Tolong macamana?” tambahnya “Dah
badan akak tak boleh keluarkan air2 kotor tu dgn cara biasa, Allah
tolong keluarkan melalui muntah. Tak susah pun, rasa macam meludah je” MASYA ALLAH. Hajar sentiasa kaitkan apa saja yang dialaminya dengan Allah. Sentiasa berbaik sangka Allah menolongnya.
Benarlah seperti hadis qudsi, Allah bertindak mengikut sangkaan hamba
terhadapNYA. Jika kita yakin Allah menolong kita, maka Allah akan
tolong.
Keputusan Xray menunjukkan perut dan usus besar membengkak teruk.
.
17 Jan 2013 (Khamis)
Situasi kritikal. Tak mahu pelawat lagi.
Doktor sedang cuba menyelamatkan . Perut membengkak terus. Usus besar
tidak menyalurkan najis dengan sempurna. Menurut doktor semuanya ada
kaitan dengan saraf tunjang yang gagal menghantar arahan ke anggota
badan. Ultrasound pula diambil. Hajar tenang. Berserah pada Allah
menentukan yang terbaik untuknya.
Selepas waktu melawat tengahari, demam
memburuk semula. Perut yang membengkak menyukarkan pernafasan. Doktor
mula gelisah. Satu tiub dimasukkan ke perut melalui hidung bagi menyedut
cairan di dalam perut. Lebih 1Liter cairan dikeluarkan. Hajar diarahkan
berpuasa sehingga punca pembengkakan itu diketahui.
Demam lagi. Saya sudukan juga tiga sudu air zam zam ke mulutnya dari masa ke semasa.
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
“Akak, jgn bimbang, kita orang Islam dah dilatih berpuasa. Redha ya .. mak bagi air zam zam ni hanya utk basah tekak, memang tak sempat sampai ke perut pun ia akan kering sendiri. Mintalah Allah hilangkan dahaga akak” .
Dalam keletihan beliau jawab, “beratnya
dugaan Allah ni , mak..” “memanglah…kan syurga Allah tu mahal
harganya…sabar ya.. Nabi Ayub dulu pun diuji dengan berat” Dia angguk..
Doktor pasang drip…Dalam hati, saya tak putus2 membacakan ayat2 suci dan
selawat untuk menolong beliau melalui kesukaran itu.
Menjelang asar, Hajar mula rasa bahang.
Dia minta dimandikan. Panasnya kuat dibahagian dada. Dan terasa semua
badan sakit2. Saya terdiam. Saya rasa, dia dah mula nak nazak. Waktu tu
saya berdiri membelakangkan tingkap. Dia suruh saya beralih kedudukan.
Dia nak pandang keluar tingkap.
Saya tanya, nak tengok apa? Katanya : nak tengok Allah. Saya terkedu lagi.
Katanya : “Allah marah sebab tak dakwah sungguh2. Tak mahu cari jalan lain, bila dakwah terhalang.”
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.
Saya jawab “Mintalah ampun dan banyakkan beristigfar pada Allah,”
Hajar Angguk. Tak lama lepas tu, dia kata, matanya dah mula kabur. Saya membisikkan agar dia terus mengingati Allah. Angguk.
Dalam termengah2 dia berkata “mak, izinkan akak pergi dulu, tapi akak tak nampak jalan”
“Ya, mak izinkan, mak doakan agar Rasulullah datang tunjukkan jalannya. Sekali lagi dia mengejutkan saya, bila dia kata dia dah tak boleh nampak, lalu bola matanya bergerak ke atas. Segera saya talkinkan berulang kali.
Doktor dan nurse mula berkejar datang nak
menyelamatkan. Saya disuruh keluar. Mereka mula memasang topeng
oksigen,dan menaikkan tekanan darah.
Hati saya dah sebu. Saya tahu tadi tu
Hajar dah nazak. Persiapan dibuat utk pindahkan Hajar ke ICU semula.
Waktu maghrib tu, kami berkejar kejaran tolak katil Hajar ke ICU okid.
Hajar segera dibius dan getah saluran
pernafasan dipasang ke mulutnya. Mesin pernafasan mengambilalih proses
pernafasan. Itulah kali terakhir untuk dia berkata kata kerana selepas
itu dia terus ditidurkan dan tak bangun2 lagi.
.
18 Jan 2013 (Jumaat)
Kami dimaklumkan ada air yang banyak
diluar perut dan sekitar usus. Dikhuatiri usus Hajar telah bocor.
Menjelang waktu azan zohor, untuk solat jumaat, jantung Hajar berhenti
berdenyut. Doktor segera melakukan CPR. (Satu. Dua, Tiga, Empat, ……)saya
nampak prosedur tu dr luar cermin biliknya. Hati saya terguris
teruk…cpr dilakukan di dada, betul2 di atas kawasan pembedahan tulang
belakangnya. Kalau dia selamat sekalipun, apa nasib tulang belakang tu,
kan baru je lepas dibedah.
Walaupun jantung dapat digerakkan
kembali, namun jantung Hajar hanya bekerja 1% sementara mesin pernafasan
yg bekerja lagi 99%. Hakikatnya carta pernafasan di paparan skrin tu
terasa semacam gimik.
.
19 Jan 2013 (Sabtu)
Doktor pakar usus mengesahkan usus Hajar
bocor dan perlukan tembukan kecil diperut untuk mengesahkan teori
beliau. Sekiranya benar, pembedahan yang lebih besar diperlukan utk
memotong usus yang bocor itu dan mencantumkan semula. Serentak dengan
itu, kami diberi borang kebenaran pembedahan untuk ditandatangani.
Semuanya atas nama nak menyelamatkan nyawa Hajar. Kami buntu. Suami
meminta tempuh untuk bertenang dan berfikir. Kami perlu solat. Kami
perlu berfikir dengan tenang. Kami mohon pertolongan melalui pertolongan
Allah. Pukul 2 pagi, kami dipanggil semula. Terdesak, kami benarkan
tembukan dilakukan diperut. Hanya pada Allah kami bermohon pertolongan
dan petunjuk.
Belum pun sempat selesai pembedahan kecil
itu, seorang lagi doktor memanggil kami. Berita besar yang disampaikan,
buah pinggang Hajar tidak berfungsi sepenuhnya atau lebih tepat
lagi..dah rosak dan perlukan dialysis darah. Hajar takkan boleh bertahan
kalau darahnya tak dicuci kerana toksin dalam tubuh akan meningkat dan
meracuni organ2 yang lain. Terdiam. Bermimpikah kami? Lepas satu, satu,
organ badannya merosak. Namun begitu, dialysis tidak boleh dilakukan
dengan selamat kerana keadaaan Hajar yang tidak stabil. Jantungnya dah
pernah berhenti, dan boleh berhenti lagi semasa dialysis. Darahnya dah
terlalu cair..dah lama tak makan. Pendarahan juga boleh berlaku kerana
tekanan darah yang rendah. Jadi apa yang boleh kami perbuat? Sesudah
berbincang, kami ambil keputusan tidak membenarkan cuci darah dijalankan
kerana risikonya besar.
Tak lama lepas tu, pakar usus pula
mengesahkan yang usus Hajar memang benar2 bocor dan pembedahan besar
diperlukan. Kami tanya, adakah Hajar stabil untuk dibedah? Jawapannya
TIDAK.Kami Tanya adakah masalah usus itu boleh selesai selepas
pembedahan tersebut? Jawapannya. TIDAK PASTI MASALAH SAMA TAKKAN
BERULANG LAGI. Lalu kami berikan jawapan yang paling selesa bagi kami
iaitu tidak membenarkan sebarang pembedahan dilakukan lagi. Kami juga
tidak membenarkan prosedur cpr dilakukan jika jantung terhenti lagi.
Doktor bercakap dengan berhati2. “Kalau
itu keputusan Puan, Puan sedarkah apa akibatnya nanti?” Saya jawab, “ya,
saya sedar, saya akan kehilangan anak saya, dan saya redha. Malah,
kalau boleh , saya nak segala ubat dan mesin pernafasan dihentikan”
Doktor menjawab, “Itu tak boleh, menyalahi etika, itu seperti membunuh
pesakit. Kami tak boleh membunuh pesakit, tapi kalau Puan tak mahu
lakukan semua yg kami dah cadangkan, mesin pernafasan tetap perlu terus
dihidupkan. Cuma pesakit takkan mampu bertahan lama kerana toksin yang
tinggi akan meracun dirinya sendiri.
Selepas itu, doktor terus mengawasi
Hajar, dan pelawat telah dibenarkan menziarah tanpa had masa kerana
Hajar hanya menunggu masa untuk pergi meninggalkan kita semua. Semua
keluarga telah dimaklumkan, Hajar tak putus2 diziarahi oleh sahabat2
yang mengenali dan bersimpati. Masing2 ingin menatap wajahnya untuk kali
terakhir.
.
20 Jan 2013 (Ahad)
Pagi itu kami berdua khusyuk dlm doa
masing masing, hanyut dalam munajat kami kepada Allah memohon bantuan
dan keringanan untuk sakaratul maut anak kami.Tepat jam 9.20 pagi, Hajar melepasi sakaratulmaut dan meninggal dunia dengan tenang dalam dakapan ibu dan restu ayah. Pergilah
sayang, TUHANMU yang lebih menyayangimu telah menunggu. Terima kasih YA
ALLAH kerana telah meminjamkan kami anak yang sebaik ini. 20 tahun kami
berbahagia dengan kehadirannya. Terima kasih kerana menganugerahkan
akhlak yang mulia terhadap anak kami ini. Kini kami kembalikan ia
kepadaMU YA ALLAH. Dakapilah ia dengan limpahan rahmat kasih sayangMU
yang maha Agung. Amin.. amin..amin..ya rabbal alamin.
.
Siti Hajar selamat dikebumikan di kampung
keluarganya dengan lancar. Begitu ramai sahabat, pensyarah, pegawai
university dan saudara mara hadir memberikan lawatan terakhir,
memandikan, menyembahyangkan dan mengkebumikan beliau. Seluruh alam
seakan turut bersedih dan merintih kerana kehilangan seorang mujahidah
sejati. Cuaca mendung berterusan dari pagi hingga ke petang,(tetapi
tidak pula hujan), turut menyentap tangkai hati insan2 yang jujur
menyayanginya.
# Ana turut tumpang sedih
dan terharu ketika membaca kisah ini yang pastinya akan memberi banyak
pengajaran kepada yang sesiapa jua membacanya….
.
اللهم اغفرلها وارحمها… رضاالله في رضا الوالدين…
“Ya Allah! Ampunilah dosanya…keredhaan Allah mengiringi redha kedua2 ibubapanya…”
Ya Allah! Rahmatilah roh arwah SITI
HAJAR.. dan tempatkanlah arwah bersama golongan yang beriman,
orang-orang yang Dikau kasihi dan cintai. Semoga Allah bukakan pintu
syurga dan kurniakan damai di syurga abadi. InsyaAllah syurga sudah
menanti untukmu di sana
.
Dari mutiara kata Al Habib Munzir bin Fuad Al Musawa beliau berkata : “Sering
terlintas dalam benak manusia bahwa kita memiliki banyak hajat, namun
jangan sampai mengingat Allah lebih sedikit (Maksudnya, perbanyaklah
mengingat ALLAH) dari mengingat hajat kita, karena hajat kita bisa Allah
berikan sebelum kita memintanya, semua itu bisa terjadi karena Allah
Maha Tau, kita tidak mengetahui hajat kita di hari esok namun Allah
mengetahuinya, maka tanpa kita memintanya hajat kita di hari esok telah
terpenuhi.”
.
.
Moga perjuangannya diterus oleh mujahid dan mujahidah yang masih
tinggal di bumi Allah ini.. dan semoga kita semua termasuk ke dalam
golongan orang-orang yang banyak mengingat Allah سبحانه وتعالى .Aminnn Ya Rabul Alaminnn!
.
.
والله أعلم بالصوابWallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
Sumber: Facebook
.
وَالسَّلاَمْ
.
Posted by; shafiqolbu
SITI
HAJAR
Engkau bermula dengan
sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai bayang
bayang
Gelap walau di suluh
cahaya
Pepasir pantai pun
berubah
Pabila HAKIKAT melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kelunakan tangisan
kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan
keredhaan
Darimu TUHAN pencipta
Alam
Sungguh agung
pengabdianmu
Kau berjaya menjadi
iktibar
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah
Thursday, December 12, 2013
Buah Zaitun dan Minyak Zaitun : Khasiat dan Keistimewaannya #OliveOil #MinyakZaitun #MakananSunnah
Posted by
Dr Mudah
at
5:34 PM
"Demi buah tiin dan zaitun. Dan Gunung Tursina". (Surah at Tiin ayat 1
dan 2).
Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya..
More Info :
Blog : http://oliveasli.blogspot.com/
Facebook https://www.facebook.com/oliveoilasli
Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau
hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)
Allah telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Ini menunjukkan buah zaitun juga memiliki banyak keistimewaan tersendiri yang jarang diketahui dan diselidiki. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali di mana sebanyak 2 kali, ia di sebut bersendirian dan 5 kali lagi ia digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Gambaran ini menunjukkan betapa banyaknya khasiat buah zaitun sepertimana buah- buahan lain yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan manusia sejagat.
Buah zaitun atau nama botaninya dikenali sebagai olea europea ditanam di kawasan Meditranean tetapi tempat penanaman yang paling utama ialah Sepanyol, Turki, Itali, Tunisia dan Morocco. Di dalam surah an Nur ayat 35 juga Allah menyebut tentang buah zaitun yang mana ulama seperti Maulana Majid, Maulana Maudoodi, Maulana Usmani, Maulana Haqqani dan Abdullah Yusuf Ali memberi pentafsiran dan pandangan yang sama merujuk kepada tempat dan taburan penanaman buah zaitun.
Dunia moden pada hari ini, melalui kajian- kajian sains semasa mengiktiraf khasiat buah zaitun. Minyak zaitun mempunyai nilai yang tinggi dalam bidang perubatan. Seandainya minyak zaitun diambil sebagai bahan makanan, ia bertindak sebagai penambah zat makanan, mencuci dan membaik pulih perut dan menjadi penawar racun. Ia akan membantu pesakit gastrik dan juga yang mengalami kegagalan fungsi buah pinggang. Jika minyak zaitun diambil sebagai sapuan luaran, ia bertindak sebagai pelicin dan pelembut kepada kulit yang mengalami ekzema dan psoriasis seterusnya dapat meremajakan kulit. Menurut Tarmizi dan Ibn Majah, Nabi Muhamad SAW bersabda, " Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati".
Dari sudut pandangan sains pemakanan, minyak zaitun mengandungi asid lemak tidak tepu yang dikelaskan sebagai "monounansaturated" yang mampu merendahkan kolesterol berbahaya di dalam darah. Satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar- pakar kesihatan di Institut Sains Kesihatan, Universiti Oxford melihat perkaitan antara kanser dan pemakanan seseorang. Didapati bahawa negara yang mengamalkan pengambilan daging yang kerap dan rendah dalam pengambilan sayur- sayuran mempunyai risiko dan kes penyakit kanser yang tinggi tetapi pengambilan minyak zaitun akan mengurangkan kadar kes tersebut. Dalam Annals of Oncology (10 Januari 2005) menyatakan pakar- pakar sains mendapati diet Meditranean yang kaya dengan minyak zaitun akan mengurangkan risiko seseorang mendapat kanser payudara kerana kandungan ‘oleic acid' yang terdapat didalamnya. Menurut Imam Ibn Qayyim Al Jauziyyah, mutu minyak zaitun adalah bergantung kepada pokok yang mengeluarkannya. Sebagai contoh, jenis yang terbaik adalah minyak zaitun yang dikeluarkan daripada buah yang masak, manakala minyak daripada buah zaitun yang belum masak adalah bersifat sejuk dan kering. Buah zaitun yang telah masak ranum, lebih cenderung menjadi panas dan mengurai. Oleh itu, jika ia diproses menggunakan air akan menjadikannya kurang panas, bertindak dengan lembut dan lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, semua jenis minyak zaitun akan melembutkan kulit serta melambatkan proses penuaan. Di samping itu, minyak zaitun dapat melawan racun di dalam badan dengan bertindak sebagai ‘laxative' dan menyingkirkan cacing di dalam badan.
Melihat kepada keadaan dan tahap kesihatan masyarakat kita sekarang, penyakit jantung yang dikenali sebagai pembunuh secara senyap semakin meningkat. Namun begitu, pengambilan minyak zaitun mungkin dapat mencegahnya kerana ia kaya dengan bahan ‘phenol'. Bahan ini mempunyai bahan antioksidan yang tinggi di samping mampu mencegah proses radang dan pembekuan darah. Oleh itu, pengambilan minyak zaitun amat bermanfaat untuk mencegah seseorang daripada menghidapi penyakit jantung. Di samping itu, mutakhir ini, manfaat minyak zaitun untuk kecantikan seringkali dihebahkan di dada akhbar mahupun media elektronik. Ini kerana, banyak syarikat kosmetik yang menggunakan minyak zaitun sebagai bahan asas ramuan dalam pembuatan barangan kecantikan. Oleh itu, sememangnya kelebihan minyak zaitun tidak dapat dinafikan lagi.
Kelebihan minyak zaitun boleh dilihat dalam situasi yang paling dekat dengan kehidupan kita di mana penggunaannya sebagai minyak masak. Walaupun banyak pendapat mengatakan bahawa makanan yang dimasak atau digoreng menggunakan minyak zaitun tidaklah sesedap makanan yang digoreng dengan menggunakan minyak kelapa sawit, namun ia ada kelebihan tersendiri dari sudut kesihatan. Minyak masak selain yang berasaskan buah zaitun apabila digunakan berulang kali menyebabkan jumlah kolesterol teroksida dan menjadi tepu serta tidak elok untuk kesihatan. Kesannya dapat dilihat apabila minyak tersebut memerangkap sisa makanan dan berubah warna dan bau. Namun berbeza dengan minyak zaitun kerana ia boleh digunakan berulangkali, tidak akan mengalami proses pengoksidaan dan menjadi tepu serta tidak akan berubah dari segi warna dan bau. Setelah makan makanan yang digoreng menggunakan minyak zaitun, perut akan terasa ringan dan puas sehingga seseorang akan berhenti makan sebelum kenyang. Ini adalah kerana kesan daripada penguraian tenaga di hati oleh minyak zaitun yang mempunyai banyak kandungan zat yang bermanfaat.
Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi akan keistimewaan buah zaitun yang daripadanya boleh menghasilkan pelbagai jenis barangan dengan teknologi yang ada pada masa kini untuk kegunaan ramai. Sehubungan dengan itu, daripada Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW pernah bersabda " Ambillah minyak zaitun dan sapulah ke kulitmu. Ia membantu mengubat tujuh puluh (beberapa) penyakit dan juga Juzam (kusta). Dengan ini, tidak hairanlah, ramai yang mengetahui akan kelebihan buah zaitun, memanfaatkannya sebagai bahan untuk kegunaan asas seperti minyak masak, minyak rambut, barangan kecantikan, sabun dan juga dijadikan sebagai makanan tambahan. Justeru, khasiat yang terdapat pada buah zaitun merupakan anugerah Allah ke atas hamba- hambaNya yang amat bernilai untuk dimanfaatkan kerana bukan sahaja buah zaitun disebut di dalam Al Quran, malah pakar- pakar sains dunia juga mengiktiraf akan keistimewaannya..
More Info :
Blog : http://oliveasli.blogspot.com/
Facebook https://www.facebook.com/oliveoilasli
Untuk tempahan PATI MINYAK ZAITUN TANPA TAPIS
Sila Inbox Kami https://www.facebook.com/messages/OliveOilAsli atau
hubungi kami di 017 5750810 / 012 4506763 (sms,whatsapp)
Subscribe to:
Posts (Atom)