PAMERAN DAN PERTUNJUKAN ULAR : BISA BERBISA
06 MEI 2012 HINGGA 06 JUN 2012
MUZIUM NEGERI KEDAH DARUL AMAN
Sabtu – Rabu : 10.00 pagi – 10.00 malam
Khamis : 10.00 pagi - 7.00 malam
Jumaat : 10.00 pagi – 12.30 tengahari
2.30 petang – 10.00 malam
HARGA TIKET :
i. Dewasa - RM4.00
ii. Kanak-kanak - RM2.00
(6-12 tahun)
iii. Pelajar sekolah beruniform - RM2.00
(Menengah dan Rendah)
# Harga Tiket potongan sehingga 25% sebelum 30 April 2012 – boleh didapati di Muzium Negeri Kedah Darul Aman
SINOPSIS PAMERAN :
Kerapkali
pasti ada sahaja kaitan misteri apabila bercerita tentang ular.
Bagaimana ia bergerak pantas walaupun tanpa sebarang kaki yang mampu
membawanya jauh ke merata-rata tempat? Bagaimana ia boleh membunuh
mangsa dengan hanya sekali patukan dalam sekelip mata? Bagaimana ia
boleh menelan mangsa yang jauh beberapa kali lebih besar dari saiz
rahangnya?
Ular mempunyai banyak tarikan walaupun sangat ditakuti. Realitinya, hanya segelintir spesis ular
sahaja yang berbahaya dan boleh mengancam nyawa manusia. Saintis
mengkelaskan lebih 3000 spesis ular dalam 18 famili. Setiap family
memiliki ciri umum yang tersendiri. Family Colubridae ini tidak beracun
berbanding family elipidae dan veripidae yang dikenali sebagai family
yang sangat berbisa. Ular Tedung merupakan ular paling berbisa manakala
Ular Kapak mudah dikenali kerana kepalanya yang berbentuk segi tiga.
Family Ular Boa dan Sawa pula tidak berbisa dan membunuh dengan cara
menjerut. Ular Air pula membiak di laut dan lebih banyak menghabiskan
masa dalam air berbanding di darat.
Terdapat banyak lagi aspek menarik tentang kehidupan ular, iaitu dari perbezaan rekabentuk, perlakuan, sistem pertahanan
diri, habitat dan lain-lain lagi. Apa yang dipaparkan dalam pameran ini
diharap akan menggambarkan tentang informasi dan pengetahuan tentang
haiwan yang diberi nama ULAR ini.
Sebelum
ini, pameran ini telah diadakan di tiga buah muzium iaitu Muzium
Negara, Muzium Negeri Kelantan dan Muzium Negeri Perak. Pameran ini
telah berjaya menarik begitu ramai pengunjung ke muzium tersebut.
Sehubungan
dengan itu, Muzium Negeri Kedah juga berharap dengan adanya pameran
seperti ini, akan dapat menarik lebih ramai pengunjung mengunjungi
Muzium Negeri Kedah bagi tempoh tersebut.
PENGISIAN PAMERAN :
a. Maklumat bertulis
- Jenis dan keluarga ular.
- Anatomi ular – lihat di mana letaknya hati, jantung, hempedu, aesofagus paru-paru dan lain dalam seekor ular.
- Cerita lagenda ular dalam mitos dan kepercayaan.
- Ular untuk perubatan.
- Cara merawat bisa ular dan pertolongan cemas.
- Gejala dan tanda patukan ular.
- Cara menghalang ular memasuki rumah dan anda pasti teruja dengan gambar-gambar menarik yang dipamerkan.
b. Pameran ular dari 130 spesis dalam kotak berkaca
c. Gadis bersama 100 ekor ular berbisa sepanjang pameran ini diadakan
d. Pertunjukkan Ular.
- Pertunjukan
ini akan dikendalikan oleh Encik Hussinenee bin Dastagia, penjinak ular
yang terkenal di mana bakat dan seni menjinakkan ular ini telah
diwarisi oleh beliau dan keluarga dari turun temurun. Allahyarham bapa
beliau Dastagia bin Husini adalah penjinak ular yang sangat terkenal dan
telah memecahkan rekod Guiness book of Record.
e. Sesi bergambar dengan Ular.
- Bergambar sambil dililiti ular sawa Burma (Burmese Python) atau albino molorus sepanjang 8 kaki.
AKTIVITI SAMPINGAN
Sepanjang pameran berlangsung aktiviti-aktiviti sampingan juga akan
diadakan di kawasan luar bangunan Muzium. Bagi memeriahkan lagi pameran
ini serta untuk menarik minat pelawat ke Muzium Negeri Kedah, pelbagai
aktiviti akan dilakukan. Diantara aktiviti yang dicadangkan seperti :-
- Dam Ular Gergasi
- Permainan Video Game
- Kuiz
- Sukaneka kanak-kanak tadika
- Mewarna kanak-kanak
- Gerai-gerai Jualan
- Dan lain-lain.