Wednesday, February 1, 2012

Assalamualaikum..

Salam emas master buat semua..
Sehari dua ni banyak pulak artikel pasal emas keluar akhbar..nampaknya emas semakin popular bahkan bertambah-tambah popular semenjak dua menjak ni.. syarikat2 emas pun tumbuh bagaikan cendawan.

Sebelum artikel hari ini keluar ada juga artikel 'kekecewaan' pelabur tehadap emas.
Kesimpulan ringkas emasmaster selepas membaca artikel-artikel tersebut ialah :
1-Pelaburan emas ini perlukan ilmu yang cukup baru boleh dapat untung yang maksima.
2-Emas adalah penyimpan nilai terbaik.. dek kerana inflasi yg menggila harga emas akan terus melambung.
3-Pelaburan emas untuk jangka panjang insyaAllah sentiasa selamat dan menguntungkan. Pelaburan jangka pendek perlu tahu teknik yang betul.. terutama berkenaan pasaran
4-Perlu tahu support system untuk mengelakkan kerugian melabur dalam emas.. seperti pajak sebentar jika jual masih rugi sementara menunggu buyer utk Letgo atau sell back to sykt dll.
5-Perlu cari emas yang harga murah dan mudah 'cair' utk dipajak yang terbaik adalah emas 999 dalam barang kemas. Ini adalah kerana SPREAD emas 999 amt rendah berbanding emas 916.. dan Barang kemas boleh dipajak untuk menambah keuntungan atau mengelak kerugian.
6-Jualbalik kepada sykt atau dealer sebenarnya pilihan terakhir kerana ketika jual balik kpd sykt atau dealer kita paling kurang akan rugi 5% dan selalunya lebih. Paling bagus ialah jual ke pasaran terbuka (spt kwn2.. offline or online) dengan harga diskaun 1% ke atau apa-apa harga yang menguntungkan kita dan pembeli.
7- Nak dapat harga lagi murah.. JOM REGISTER dealer.. setiap pembelian akan dapat harga murah 1-8% dari harga pasaran melalui sistem diskaun (Sykt GCP) atau akan dapat rebet (Sykt Public Gold).. hubungi emasmaster untuk maklumat lanjut

 Berikut adalah berita akhbar berita harian 3 feb 2012..

Jualan barang kemas meningkat

2012/02/02 (http://www.bharian.com.my)
KETIDAKTENTUAN ekonomi dunia tidak menjejaskan pasaran barangan kemas di negara ini susulan minat berterusan rakyat Malaysia membeli barangan emas sebagai pelaburan selain sebagai kegunaan perhiasan diri.
Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadik Habib berkata, pasaran barangan kemas keluaran syarikatnya terus meningkat walau pun harga emas global semakin melonjak tinggi.
 
Malah, jelas beliau, kenaikan harga emas di pasaran dunia itu sebenarnya turut meyakinkan pembeli untuk membuat pelaburan emas termasuk membeli barangan kemas.
 
“Pembeli tidak hanya membeli barangan kemas sebagai perhiasan diri, malah mereka juga membelinya bagi tujuan pelaburan ekoran kenaikan harga emas yang begitu ketara sekarang,” katanya kepada media, selepas merasmikan Galeri Warisan Jawi Peranakan di Georgetown, Pulau Pinang.
Bagi memberi jaminan pelaburan kepada pelanggannya, katanya Habib juga mempunyai syarikat pajak gadai Islam Al Rahnu yang menerima gadaian barangan emas dan batu permata.
Beliau berkata, Habib Jewels juga telah mencapai jualan yang memberangsangkan pada tahun lalu dengan pendapatan jualan RM300 juta dan syarikat itu yakin dapat meningkatkan lagi jualannya tahun ini.
Meer Sadik berkata, kumpulan menyasar peningkatan pendapatan jualan antara 10 peratus hingga 20 peratus bagi tahun ini kerana menerima permintaan yang tinggi.
Bagi menampung permintaan tempatan itu, Habib bakal membuka cawangan barunya di Perak dan Pahang pada tahun ini dengan melaburkan RM4 juta bagi pembukaan setiap cawangan.
Katanya, Habib Jewels setakat ini belum bercadang membuka cawangannya di luar negara dan mahu memberi tumpuan terhadap pasaran tempatan namun, syarikat itu giat menjalankan promosi di luar negara sebagai usaha mempromosi jenama.
Mengenai Galeri Warisan Jawi Peranakan itu, beliau berkata, Habib melabur RM2 juta bagi kerja-kerja membaik pulih bangunan kedai asalnya di Jalan Masjid Kapitan Keling, Georgetown.
Galeri yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas itu mempamerkan lebih 100 koleksi barangan kemas dan batu permata antik termasuk barangan kemas yang berusia lebih 100 tahun yang dipakai oleh kaum wanita Jawi Peranakan di Pulau Pinang. – BERNAMA

Untuk dapatkan emas yang murah dan panduan pelaburan emas..
atau sms/call 017-575 0810
*Lokasi Penajaan Seluruh Malaysia
Authorised Dealer GCP dan Public Gold 
Facebook : EMASMASTER *Jaminan harga terendah sila klik sini untuk lihat harga terkini bagi semua jenis barang: HARGA EMAS GCP Diskaun biasa : Harga Bar GCP boleh diberikan sama harga dengan Bar PG..[kecuali bar 1gram] Harga Rantai GCP biasanya +rm1/g dari bar PG.. Pembelian banyak boleh dirunding diskaun :) Harga barangan 916 GCP mengikut harga web
powered by : EmasMaster

Peluang Keemasan




-Tak Perlu Beli Stok


-Tak Perlu Belian Maintain


-Komisyen Tinggi


-Masa kerja Fleksible


-Pelbagai Bonus/ Insentif